Tarikh : | 05 Januari 2023 |
Masa : | 3:30 petang hingga 5:30 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan : Untuk memberi informasi dan pengetahuan mengenai ICT kepada pelajar sekolah. Quizizz adalah salah satu aplikasi yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar ketika sesi pembelajaran.
Aktiviti : Peserta membuka laman sesawang quizizz dan menjawab soalan kuiz yang diberikan. Sebanyak 10 soalan yang harus dijawab.
Tarikh : | 29 Disember 2022 |
Masa : | 3:30 pagi hingga 4:30 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | AJK Kampung Datok |
Tujuan : Pengguna menggunakan aplikasi microsoft word untuk menghasilkan surat kiriman rasmi.
Aktiviti : Pengguna menggunakan aplikasi microsoft word untuk menaip surat dan mendapatkan bantuan dari petugas cara untuk menyimpan dokumen ke dalam pendrive.
Tarikh : | 22 Disember 2022 |
Masa : | 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar sekolah |
Tujuan: Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah sempena cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis pokok serta kegunaannya. Selain itu, melalui program ini peserta di dedahkan dengan peralatan asas komputer dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet.
Aktiviti: Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menanam pokok, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 dan 6 orang peserta. Aktiviti seterusnya ialah, cari silang kata tersembunyi. Aktiviti ini diadakan untuk melihat kemahiran dan kepantasan para peserta untuk selesaikan silang kata tersebut.
Tarikh : | 23 Disember 2022 |
Masa : | 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Usahawan di Daerah Padang Terap |
Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memudahkan usahawan tempatan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan. Hal ini kerana, sijil ini amat penting bagi individu yang terlibat dalam industri makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Aktiviti : Kursus ini diadakan selama 3 jam secara online di PEDi Kg Belukar Luas dan disertai oleh beberapa orang usahawan tempatan di Daerah Padang Terap. Petugas PEDi menyediakan kemudahan tempat dan kemudahan internet kepada para peserta melalui aplikasi zoom meeting.
Tarikh : | 11 Disember 2022 |
Masa : | 2:15 petang hingga 3.15 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan: Tujuan kelas ini diadakan untuk memudahkan pelajar mengikuti kelas tuisyen serta menambah pemahaman pelajar dan membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek.
Aktiviti: Pelajar mendengar penerangan daripada guru dan mengikut arahan yang diberikan. Pelajaran ini di adakan menerusi aplikasi zoom.