Tarikh :   12 November 2022
Masa :  9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Usahawan di Daerah Padang Terap

 

Aktiviti : Kursus ini diadakan selama 3 jam secara online di PEDi Kg Belukar Luas dan disertai oleh beberapa orang usahawan tempatan di Daerah Padang Terap.

 

Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memudahkan usahawan tempatan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan. Hal ini kerana, sijil ini amat penting bagi individu yang terlibat dalam industri makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Gambar Disini

 

Tarikh :   08 November 2022
Masa :  9:30 pagi hingga 1:00 tengah hari
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Komuniti Daerah Padang Terap

 

Aktiviti : Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti pembukaan akaun baru dewasa dan kanak-kanak, tambah simpanan tunai dan potongan gaji, daftar haji, kemaskini profil akaun dan daftar THiJARI dan lain-lain lagi.

 

Tujuan : Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan komuniti di sekitar daerah Padang Terap untuk mengadakan urusan dengan pihak Tabung Haji.

 

Gambar Disini

 

 

Tarikh :   22 September 2022
Masa :  9 pagi hingga 2 petang 
Tempat :  PEDI Kg Belukar Luas 
 Peserta :  Komuniti Setempat 

 

Aktiviti: Pada 22 September 2022 dua kaunter bergerak telah diadakan di PEDI Kg Belukar Luas iaitu kaunter bergerak SSM dan juga PTPTN. Ramai komuniti setempat yang mempunyai urusan turut hadir pada hari tersebut.

 

Tujuan: Memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk 

 

Gambar Disini.

Tarikh :   07 November 2022
Masa :  10:00 pagi hingga 5:00 petang 
Tempat :  PEDi Kg Tanjung
Peserta :  Komuniti Padang Terap

 

Aktiviti : Peserta belajar cara untuk menganyam ketupat dengan betul dan kemas.

 

Tujuan : Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta cara untuk menganyam ketupat dan jenis-jenis ketupat serta bahan yang digunakan dalam penyediaan ketupat.

 

Gambar di sini.

 

 

Tarikh :    15 September 2022
Masa :   10:00 pagi hingga 4:30 petang 
Tempat :  Perkarangan Pejabat Koperasi ,Kampung Padang Nyior Kedah Berhad
Peserta :   Komuniti Padang Terap

 

Aktiviti :Program Mesra Pengguna telah diadakan di Perkarangan Pejabat Koperasi ,Kampung Padang Nyior Kedah Berhad dan telah dirasmikan oleh  YB Dato' Seri Mahdzhir Bin Khalid.Pelbagai pameran dan jualan  telah diakdakan disana seperti KPDNHEP, PEDI, PTPTN, PEKESO,Tabung Haji, Kolej Komuniti Padang Terap, Wan Nursery, Empayar Keladi, Optometris Faizah dan jugak Pejabat Pertanian Negeri Kedah.

 

Tujuan : Program Mesra Pengguna 2022 ini dirancang bertujuan menyemai nilai-nilai kepenggunaan yang baik dalam kalangan komuniti setempat dan melahirkan rakyat yang bermaklumat, rasional dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.Objektif Program Mesra Pengguna anjuran Koperasi Kampung Padang Nyior Kedah Berhad, Gerakan Pengguna Daerah Padang Terap, Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Perpustakaan Desa Masjid Kg. Padang Nyior, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Cluster Padang Terap (PEDI) dan PAWE Daerah Padang Terap adalah untuk memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup dan beban rakyat dan juga menyebarluaskan peranan agensi kerajaan dan NGO kepada masyarakat luar bandar seterusnya memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat.

 

Gambar Disini.