Golongan wanita di Kg Belukar Luas digabungkan dalam kumpulan persatuan yang dikenali sebagai Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Persatuan  ini dibimbing oleh Puan Maryam Binti Ahmad. Persatuan ini kurang aktif memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada golongan ibu-ibu yang sentiasa sibuk dalam urusan keluarga. Namun, gorongan ini memberikan komitmen yang tinggi dari segi gotong-royong setiap kali majlis keramaian diadakan seperti kenduri perkahwinan, kesyukuran, tahlil dan sebagainya. Mereka akan berkumpul di tempat berlansungnya majlis keramaian sejak dari awal untuk membantu tuan rumah menguruskan majlis. Contohnya untuk majlis perkahwinan, mereka membahagikan tugas dengan baik untuk urusan memasak, menghidang dan membersihkan barang-barang selepas majlis. Tugas-tugas terlebih dahulu dibincangkan dalam menyuarat yang telah ditetapkan sebelum majlis berlangsung.