Pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet (PI).


Tema :
“Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.


Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web sebenarnya.my.

 

“ TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI”


Info :

1. Maklumat pertandingan:

Pertandingan video pendek ini adalah inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2017 hingga 3 Julai 2017.
Melalui pertandingan ini, para peserta perlu menghasilkan video berdurasi tidak melebihi 2 minit dengan tema “ Tidak Pasti, Jangan Kongsi”.


2. Kelayakan Pertandingan:

Pertandingan ini terbuka kepada ahli berdaftar Pusat Internet (PI)
Berkumpulan terdiri dari pada 4 hingga 6 orang.


3. Syarat Pertandingan:

Durasi video tidak boleh melebihi 2 minit.
Video mestilah menepati tema. 
Rakaman dan suntingan video boleh menggunakan mana-mana aplikasi antaranya seperti powtoon, viva video dan sebagainya.
Video yang dihasilkan perlu dimuatnaik ke dalam akaun Facebook PI masing-masing dengan kapsyen #tidakpastijangankongsi#sebenarnya#klikdenganbijak#namaPI.


4. Syarat Pertandingan:

Hasil video tidak dibenarkan sama sekali menyentuh sensitivity agama, kaum, budaya, isu politik dan menghina mana-mana individu.
Video mestilah karya asal dan tidak menceroboh mana-mana hakcipta.
Setiap video wajib disaring oleh Pengurus atau Penolong Pengurus PI sebelum dimuatnaik.
Pemenang akan dihubungi melalui PI kawasan masing-masing.
Keputusan pemenang pertandingan adalah hak muktamad pihak penganjur. Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.
Mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan dan menggunakan taktik kotor akan terbatal secara serta-merta.


5. Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pusat Internet Kampung Belukar Luas atau Pusat Internet berdekatan dengan anda, terima kasih.