Dari segi keselamatan, Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab dalam memastikan Kampung Belukar Luas sentiasa dalam keadaan aman tanpa sebarang ancaman dan masalah. Segala bentuk permasalahan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli dan diselesaikan dengan sebaiknya bagi menjamin kesejahteraan kampung. Sebarang masalah serius akan diuruskan oleh pihak berkuasa.  Balai polis terdekat ialah Balai Polis Naka yang terletak kira-kira 8 km dari Kampung Belukar Luas. Setakat ini, pihak polis yang bertugas akan membuat rondaan secara berkala di kawasan sekitar bagi memastikan tahap keselamatan dalam keadaan yang baik.