Kampung Belukar Luas termasuk di bawah kariah masjid Kampung Datuk. Oleh yang demikian, penduduk Kampung Belukar Luas akan berkunjung ke Masjid Kampung Datuk sebagai Jemaah Solat Jumaat, majlis pernikahan serta dalam aktiviti keagamaan di Masjid Kampung Datuk. Malah, Pengerusi JKKK Kampung Belukar Luas juga merupakan Bilal di Masjid ini.

Klinik Desa dan sekolah Kebangsaaan Kampong Belukar juga terdapat di Kampung Belukar Luas. Oleh yang demikian, penduduk dari kampung berhampiran turut dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Terdapat sebuah stesen bas yang telah lama dibina di Kampung Belukar Luas untuk kegunaan penduduk yang ingin menaiki bas ke Pekan Kuala Nerang atau Pekan Naka. Terdapat juga sebuah telefon awam yang ditempatkan di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar bagi kegunaan penduduk terutama ketika kecemasan.