Tarikh : | 01 Jun 2023 |
Masa : | 9:00 pagi hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Felda Lubuk Merbau |
Peserta : | 40 orang peserta |
Tujuan : Program yang dianjurkan ini adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah serta memberi pendedahan dan ilmu mengenai cara-cara solat dan niat yang betul. Selain itu, para peserta juga diterapkan dengan nilai berkerjasama dalam pasukan.
Aktiviti : Aktiviti yang dilakukan semasa program berlangsung adalah pembahagian kumpulan, dimana para peserta diminta untuk mencipta logo kumpulan dan dibentangkan dihadapan. Seterusnya, peserta dibahagikan untuk melakukan aktiviti ICT seperti typing fast challenge dan puzzle online. Peserta juga diajar cara-cara solat dan niat yang betul dan tepat oleh Ustaz jemputan. Aktiviti terakhir adalah slot chef cilik dimana peserta diminta untuk menghias kek didalam kumpulan.
Tarikh : | 24&25 Mei 2023 |
Masa : | 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Guru Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar & Waris Murid |
Tujuan : Program Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2024 ini adalah kerjasama antara PEDi Kg Belukar Luas dan pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memudahkan urusan para waris untuk membuat pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2024 secara online menggunakan laman web iDME.
Aktiviti : Waris pelajar menyediakan dokumen yang diperlukan dan diberikan kepada guru untuk urusan pendaftaran. Petugas PEDi pula membantu dalam urusan untuk membuka akaun email baru kepada waris yang tidak mempunyai akaun email.
Tarikh : | 17 Mei 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah |
Tujuan : Untuk melatih peserta menjadi seseorang yang lebih kreatif serta melatih untuk menggunakan peralatan komputer dan internet dengan bijak.
Aktiviti : Peserta diminta untuk membuka laman web Roomstyler di https://roomstyler.com untuk menyusun atur ruang bilik.
Tarikh : | 23 Mei 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Usahawan Daerah Padang Terap |
Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu asas dan memperkenalkan aplikasi tiktok sebagai aplikasi yang boleh dijadikan medium jual beli kepada usahawan.
Aktiviti : Dalam kelas ini, peserta diajar cara-cara untuk membuka akaun seller, menghasilkan beg kuning dan cara-cara untuk menjadi affiliate tiktok.
Tarikh : | 15 Mei 2023 |
Masa : | 3:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Belia |
Tujuan : Untuk membuat dan menghasilkan kertas kerja perancangan perniagaan bagi permohonan bantuan RISDA.
Aktiviti : Pengguna menggunakan aplikasi microsoft word bagi tujuan untuk menaip kertas kerja yang akan digunakan untuk permohonan bantuan RISDA.