Tekai atau Tok Tekai  adalah nama seorang penduduk asal yang menjadi seorang Ketua Kaum Melayu yang amat berpengaruh dan disegani. Beliau hidup sekitar tahun 1880 an dan merupakan seorang Panglima, juga merupakan peneroka awal di kawasan Bukit Masjid ke Kuala Sg Tekai. Setelah kematian Tok Tekai sekitar tahin 1900 an, perebutan dan pertikaian kawasan tanah telah menyebabkan Mukim Tekai terbahagi kepada 2 iaitu Mukim Tekai Kanan dan Mukim Tekai Kiri. Sungai Tekai yang membahagikan Mukim Tekai Kiri dengan Mukim Tekai Kanan.

 

Senarai MKK (Mukim Tekai Kiri)

  1. Kg Sireh
  2. Kg Dato’
  3. Kg Belukar Luas
  4. Kg Lebai Saman
  5. Kg Masjid Lama
  6. Kg Masjid Baru
  7. Kg Bendang Tok Teri, KEDA Bendang Tok Teri
  8. Kg Bagan, Kg Sri Intan, KEDA Kg Bagan
  9. Kg Changden, Kg Lubuk Rambai, Kg Padang
  10. Kg Lamdin, Kg Tandop
  11. Kg Sg Kap, Kg Sg Kap Baru, Kg Baru Sg Long
  12. Kg Nami
  13. Kg Tanjung Piring
  14. Kg Mahawangsa (Kg Sg Pisang, Kg Sukamari, Kg Berjaya Bt 1)
  15. Kg Felda LM 1, Kg Tapang, Kg Dusun, Kg Kuala Baris
  16. Kg Felda LM 2, 3 & 4
  17. Kg Felda LM 5-6
  18. Kg Felda LM 7, 8 & 9

 

Nama asal Kampung Belukar Luas adalah Kampung Belukar. Pada tahun 1953, kawasan belukar atau hutan iaitu pokok-pokok ditebang bagi membolehkan penduduk berkumpul dan mendirikan rumah. Maka, kawasan kampung kelihatan lebih luas. Setelah itu, nama Kampung Belukar ditukar nama kepada Kampung Belukar Luas. Nama sekolah rendah yang telah lama didirikan terus dikekalkan nama sebagai Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar bagi membuktikan nama asal kampung ini. Antara guru terawal yang pernah mengajar di sekolah ini termasuklah cikgu Ahmad Bin Yaacob dan Cikgu Yahub Bin Haji Yasin

Pada tahun 1960an terdapat sebuah balai polis di kampung ini, namun balai polis tersebut dipindahkan ke pekan Naka. Manakala klinik mula didirikan sejak tahun 1970an lagi.