Tarikh : | 19 Ogos 2022 |
Masa : | 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari |
Tempat : | PEDI Kg Belukar Luas |
Peserta : | 7 orang peserta |
Aktiviti : Petugas PEDi membantu dan menerangkan kepada peserta untuk mernggunakan aplikasi online zoom bagi mengikuti Kursus Latihan Pengendalian Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Venture.
Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan pengetahuan tentang kebersihan dan keselamatan makanan dan menggalakkan komuniti setempat mengambil kursus pengendalian makanan. Sijil diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tarikh : | 10 Ogos 2022 |
Masa : | 9:30 pagi hingga 11:30 pagi |
Tempat : | PEDI Kg Tanjung |
Peserta : | 5 orang |
Aktiviti : Taklimat Asas Shopee telah diadakan di PEDI Kg Tanjung pada 10 Ogos 2020. 5 0rang peserta
Tujuan : Tujuan ini diadakan untuk memberikan ilmu asas shopee, dan memperkenalkan apa itu shopee.Shopee adalah sebuah aplikasi yang bergerak dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. Mengajar cara- cara membuka akaun shopee dan cara menguruskan jualan di shopee.
Tarikh : | 7/8/2022 (Ahad) |
Masa : | 8 pagi hingga 2 petang |
Tempat : | Dewan Harmoni Bukit Tembaga |
Peserta : | Komuniti Kg Bukit Tembaga |
Aktiviti: Hari Ahad, 7 hb Ogos 2022, satu Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga telah diadakan di Felda Bukit Tembaga. Program ini anjuran Felda Bukit Tembaga bersama dengan Pejabat Kemas Padang Terap dan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap serta agensi agensi lain di Padang Terap.Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
Tujuan: Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap iaitu Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid. Pelbagai acara dilangsungkan bermula dengan senamrobik, gotong royong menanam pokok disekitar kawasan felda, pameran agensi agensi, sukaneka, pertandingan membuat kerabu, pertandingan gubahan tuala, sumbangan kepada asnaf dan cabutan nombor bertuah.Program yang berlangsung meriah menerima sambutan menggalakkan dari penduduk dan pelajar sekolah berdekatan ia sekaligus memupuk semangat muhibah dan gotong rotong dikalangan masyarakat komuniti tempatan.
Tarikh : | 11/8/2022 |
Masa : | 11 pagi hingga 1 tengah hari |
Tempat : | PEDI Kg Belukar |
Peserta : | Petugas PEDI |
Aktiviti: Taklimat Pengurusan Aset Lama PEDI oleh TM.
Tujuan :Taklimat Pengurusan PEDI ini disampaikan oleh Puan Norfirdaus dari TM. Agenda yang dibincangkan adalah latar belakang pembaharuan projek PEDI 2022, mengemaskini rekod inventori aset baru dan juga pengurusan PEDI.
Tarikh : | 2 Ogos 2022 (Selasa) |
Masa : | 11.00 hingga 1.00 petang |
Tempat : | PEDI Pekan Naka |
Peserta | Rakan Digital |
Aktiviti : Tujuan utama mengadakan mesyuarat antara MSD dan Rakan Digital (RD) untuk mendidik dan memberi panduan kepada usahawan kecil cara mengendalikan perniagaan secara dalam talian.
Tujuan : Encik Sahril memberi taklimat berkenaan bidang kerja bagi jawatan Rakan Digital dan KPI yang diperlukan oleh seorang RD.