Tarikh : | 07 Mei 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah |
Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi pengenalan kepada pelajar mengenai komponen-komponen komputer dan fungsinya.
Aktiviti : Peserta diminta untuk membuka dan menjawab kuiz yang terdapat dalam laman web wordwall. Dalam kuiz ini, peserta diminta untuk padankan setiap perkataan dengan gambar rajah komponen yang betul. Melalui kelas ini, peserta dapat lebih mengenali setiap komponen komputer serta fungsi komponen tersebut.
Tarikh : | 15 April 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah |
Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan mempelajari cara untuk menghasilkan kad hari raya secara digital dengan menggunakan design dan kreativiti sendiri.
Aktiviti : Peserta diminta untuk membuka laman sesawang www.canva.com untuk mengedit kad raya digital. Petugas memberi penerangan dan mengajar cara-cara untuk mengedit dan menghasilkan kad raya.
Tarikh : | 06April 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar sekolah rendah |
Tujuan : Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk mengasah minda dan pengetahuan pelajar mengenai simpulan bahasa, penjodoh bilangan dan kata majmuk selain untuk mengisi masa lapang para pelajar.
Aktiviti : Peserta diberi kuiz bahasa melayu menggunakan aplikasi wordwall https://wordwall.net/ms . Antara kuiz yang dilakukan adalah kuiz simpulan bahasa, penjodoh bilangan dan padanan kata majmuk.
Tarikh : | 10 April 2023 |
Masa : | 2:00 petang hingga 4:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan : Whatsapp Web merupakan suatu aplikasi atau pesanan yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi whatsapp melalui komputer ataupun laptop untuk menghantar, memuat turun dokumen serta pelbagai kegunaan lain dengan lebih mudah.
Aktiviti : Pengguna menggunakan Whatsapp Web untuk memuat turun dokumen yang diberikan oleh guru ke desktop untuk dicetak.
Tarikh : | 01 April 2023 |
Masa : | 3:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Guru Kafa |
Tujuan : Pengguna menggunakan aplikasi Microsoft Excel untuk menghasilkan perancangan pengajaran bagi kelas kafa.
Aktiviti : Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk menggunakan microsoft excel serta cara-cara untuk menukar tulisan dan font dalam aplikasi microsoft excel.