Hindarilah dari sebar berita palsu.Akibat menyebar berita palsu akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sumber:@cybersecuritymy

photo5775088373269113531

 

                Kedah adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang berkeluasan 9,426 km2 iaitu 2.9 % daripada keluasan Malaysia. Negeri ini mempunyai 12 daerah dan 133 mukim. Jumlah penduduknya adalah kira-kira 2,131, 427 orang berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia.

               Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah iaitu kira – kira 14.39 % yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

[Sumber: Majlis Daerah Padang Terap]

 

 

Berdasarkan sumber dari Pejabat Daerah Padang Terap:

Nama Mukim  Mukim Tekai Kiri
Daerah  Padang Terap
Ahli Parlimen YB Tuan Nurul Amin Bin Hamid
Pegawai Daerah Encik Iman Hazwan Bin Abd Halim BCK
Penghulu Mukim

Nasrulsafarin bin Ahmad Razi, AMK.,BKM.,PCK

Alamat: PEJABAT PENGHULU MUKIM TEKAI KIRI, 06300 KUALA NERANG KEDAH DARUL AMAN.

No Telefon: 04-702 8686 / 013-4888787

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sempadan Mukim

Utara: Mk Pedu dan Mk Tekai Kanan

Selatan: Mk Jeneri, Daerah Sik

Timur: Mk Sok, Daerah Sik

Barat: Mk Padang Kerbau, Daerah Pendang dan Mk Tekai Kanan

Pekan Utama Pekan Kuala Nerang
Bilangan MKK / JKKK

18 buah MKK (36 buah kampung). 22 JKKK

1 Petempatan Felda, 2 Petempatan KEDA, 1 Perumahan Swasta

Jumlah Penduduk  13,605 orang / 3102
Pekerjaan Utama Penduduk Pekebun Kecil Getah dan Petani