Tarikh : | 24 November 2022 |
Masa : | 2.00 petang hingga 5.00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Komuniti dan Rakan Digital Daerah Padang Terap |
Tujuan: Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah membuka akaun serta pengiklanan yang betul menggunakan laman sesawang shopee. Selain itu, pertandingan puding diadakan untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti serta memberi peluang kepada komuniti untuk menunjukkan bakat dalam pembuatan puding.
Aktiviti: Peserta diberi penerangan mengenai cara untuk membuka akaun dan juga kaedah pengiklanan yang betul. Seterusnya, juri menilai masakan puding yang dibawa oleh peserta dan menentukan pemenang.