Tarikh :   20 Februari 2023 
Masa :   9.00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat :   PEDi Kg Tanjung
Peserta ;   Pelajar sekolah rendah

 

Tujuan : Tujuan program ini adalah untuk mengisi masa cuti sekolah peserta dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah selain memberi pendedahan kepada ICT dan juga penggunaan internet dengan bijak.

 

Aktiviti : Antara aktiviti yang diadakan bersama peserta adalah kuiz ICT, taklimat klik dengan bijak, aktiviti kerohanian iaitu solat zohor berjemaah, sukaneka, chef cilik dan banyak lagi.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   19 Februari 2023 
Masa :   9:00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   Komuniti Sekitar Padang Terap

 

Tujuan : Tujuan program ini diadakan adalah untuk memudahkan komuniti setempat untuk membuat urusan dengan pihak JPJ dan ASNB. 

 

Aktiviti : Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JPJ  ialah pemeriksaan motosikal tamat tempoh melebihi 3 tahun, memperbaharui lesen memandu, memperbaharui cukai jalan, semakkan dan pembayaran saman dan lain-lain lagi. Manakala perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ASNB ialah seperti pembukaan akaun baru, kemaskini akaun dan lain-lain. Dengan kehadiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ASNB ramai komuniti setempat serta komuniti luar yang dapat berurusan dengan pihak JPJ dan ASNB. Program ini mendapat sambutan sangat mengalakkan dari komuniti setempat.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   13 Februari 2023 
Masa :   8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat :   SMK Padang Terap
Peserta ;   Pelajar Tingkatan 1 dan 2

 

Tujuan : Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kepentingan untuk melindungi data peribadi sebagai pengguna di internet. Program Klik dengan Bijak ini berkolaborasi bersama Pepustakaan Desa Zon 9 Padang Terap. 

 

Aktiviti : Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar smk padang terap ialah kuiz ICT, silang kata ICT, jumlah KDB dan kuiz spontan berdasarkan taklimat klik dengan bijak.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   16 Februari 2023 
Masa :   3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan : Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar mengenai cara menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan betul serta memberi pendedahan mengenai setiap tools yang ada di dalam Microsoft Word.

 

Aktiviti : Petugas memberi penerangan mengenai kegunaan aplikasi Microsoft Word serta cara untuk menggunakan setiap tools yang ada di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, pelajar juga diajar untuk menggunakan tanda baca, huruf kecil dan besar serta cara untuk memilih font dan saiz tulisan yang sesuai semasa menaip artikel. Seterusnya, untuk melatih kefahaman pelajar, pelajar diminta untuk menaip artikel mengikut contoh yang diberikan.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   06 Februari 2023 
Masa :   2.30 petang hingga 4.30 petang 
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   1 Orang 

 

Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu asas dan memperkenalkan aplikasi shopee kepada usahawan. Shopee adalah sebuah aplikasi yang bergerak dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. 

 

Aktiviti : Kelas Asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Belukar Luas oleh rakan digital Pedi Kg Belukar Luas. Rakan Digital mengajar peserta cara-cara membuka akaun shopee dan cara untuk menguruskan jualan di aplikasi shopee.

 

Gambar Disini.