http://belukarluas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdd8eb898563
Homestay baru dibangunkan pada tahun ini.
Warga kota yang ingin merasai suasana kampung dengan kehijauan sawah padi yang mendamaikan, sila tempah sekarang.
Seperti kampung lain di sekitarnya, Kampung Belukar Luas turut merangkumi kawasan sawah padi dan kebun getah. Namun, kewujudan tali air tidak jauh dari kampung ini menjadi antara daya tarikan pengunjung luar ke sini. Kawasan tali air yang lebih dikenali sebagai Titi Sena ini menjadi kawasan rekreasi yang popular dalam kalangan penduduk setempat untuk mandi manda dan berkelah disamping lanskap batu batan semulajadi.
Selain itu, Kampung Belukar Luas turut dikunjungi oleh penduduk dari luar terutamanya pada setiap hari jumaat. Ini adalah kerana, terdapat pasar malam yang dibuka pada sebelah petang sehingga lewat malam. Apa yang menarik mengenai pasar malam ini adalah kepelbagaian makanan dan barangan yang dijual. Terdapat lebih kurang 30 khemah gerai yang terdiri daripada makanan, minuman, pakaian serta barangan lain. Kebanyakan peniaga yang membuka gerai di pasar malam itu datang dari jauh dan bukan merupakan penduduk Kampung Belukar Luas. Namun, sambutan daripada pengunjung pasar malam terutama penduduk Kampung Belukar Luas amat menggalakkan. Ini adalah kerana mereka boleh mendapatkan makanan atau barang yang diperlukan dengan harga yang murah dan berpatutan dengan mudah memandangkan pasar minggu tersebut hampir dengan tempat kediaman mereka.
Homestay / Chalet terdekat terletak lebih kurang 8 km dari Pusat Internet Kampung Belukar Luas dan lebih dekat dengan Pusat Internet Pekan Naka.