Ramai dari kalangan penduduk kampung di Daerah Padang Terap memilih untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Kebanyakan penduduk memilih menjalankan aktiviti keusahawanan seperti penghasilan produk makanan, kraftangan dan lain - lain. Antaranya:

1. Tudung Saji Hiasan Reben (Sulaman Kraftangan)

           Tudung saji yang digunakan untuk menutup makanan di atas meja makan boleh dihias dengan sulaman reben agar kelihatan kreatif dan menarik. Puan Saodah Binti Kadir merupakan antara usahawan kraftangan yang menghasilkan tudung saji hiasan untuk dijual. Puan Saodah, seorang warga emas yang merupakan penduduk Kampung Belukar Luas memilih untuk menjual tudung saji hiasan ini bagi mengisi masa lapang selain dapat menjana pendapatan. Terdapat dua saiz tudung saji hiasan yang dijual oleh Pn Saodah iaitu saiz kecil dan besar. Saiz kecil dijual dengan harga RM15 manakala saiz besar dijual pada harga RM 35.

          Kemahiran menghias tudung saji ini turut diajar kepada 2 orang adik beradiknya yang lain. Kakaknya yang juga merupakan penduduk Kampung Belukar Luas turut sama menghasilkan tudung saji hiasan untuk dijual. Adiknya yang tinggal di Kampung Datok, tidak jauh dari Kampung Belukar Luas turut sama mempelajari kemahiran tersebut kerana minat dan peluang menjana pendapatan sampingan.

2. Shawl Nour Mayani

Nur Mayani, seorang Novelis dan usahawan serba boleh turut menghasilkan produkm shawl jenama Nour Mayani yang terdiri daripada pelbagai corak, warna dan rekaan menarik. Perkhidmatan tempahan, penghantaran pos yang mudah telah meluaskan lagi rangkaian pasaran shawl beliau. 

3. Stevia (Pengganti Gula)

Produk Rangkaian yang dijual oleh salah seorang penduduk di Kg Belukar Luas, En Mohammad Mahmud Danial Bin Abdul Khani. Harga yang ditawarkan adalah RM 140 bagi 3 botol (Promosi). Antara khasiat produk Stevia ini termasuklah membantu pesakit kencing manis (Diabetes) memandangkan produk ini selamat dan digunakan bagi menggantikan gula yang perlu dihadkan oleh pesakit diabetes demi kesihatan mereka.

4. Produk Madu Kelulut

Madu Kelulut yang kaya dengan khasiat dan penawar mampu menjana pendapatan bukan sahaja madu yang mentah, namun penghasilan produk berasaskan Madu Kelulut boleh dikomersialkan di pasaran pada hari ini. Roslina Binti Ismail merupakan salah seorang usahawan yang menjadi pembekal kepada produk berasaskan Madu Kelulut. Antara Produk yang dihasilkan termasuklah: 

- Krim Mandian

- Sabun 

- Krim Malam dan Krim Siang

5. Bantal Kekabu (Pelbagai jenis)

- Bantal saiz biasa, tilam bayi, bantal peluk dan lain-lain.

- Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan petugas di Pusat Internet Kampung Belukar Luas.