Ramai penduduk di Kg Belukar Luas memilih bidang perniagaan sebagai cabang kerjaya bagi menambahkan pendapatan keluarga. Terdapat usahawan kecil dan yang telah berjaya. Antaranya termasuklah:

 1.  Farah Najeehah Binti Razali (Kek dan Pastri)

Beliau merupakan anak jati Kampung Belukar Luas yang bergelar usahawan pada usia muda iaitu 23 tahun. Projek yang dijalankan di bawah Program Usahawan Bimbingan RISDA. RISDA telah memberikan bantuan dalam projek keusahawanan yang beliau usahakan dengan memberi 4 buah mesin seperti mesin pemutar dan ketuhar yang amat diperlukan dalam proses pembuatan kek dan roti. Beliau sebelum itu mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian yang menyumbangkan 2 buah ketuhar (oven) dan 2 buah pemutar (mixer).

Perniagaan beliau yang didaftarkan pada tahun 2004 dengan nama Belukar Luas Trading mendapat sokongan dari keluarga terutamanya adik, kakak dan abang ipar yang turut membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Perniagaan yang mula bertapak di Kuala Nerang iaitu berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang mula dikembangkan setelah beliau bersama keluarga membuka sebuah kedai kek di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar, Naka pada tahun 2012. Ini membuka peluang kepada beliau untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang keusahawanan memandangkan pembukaan kedai kek dan pastri di lokasi baru didaftarkan atas nama beliau. Sambutan yang menggalakkan memerlukan beliau mendapatkan pekerja seramai 4 orang bagi melancarkan lagi perniagaan. Malah, bilangan pekerja turut ditambah pada bulan Ramadhan memandangkan banyak tempahan yang perlu disiapkan.

Antara produk yang diusahakan oleh beliau termasuklah kek, roti dan biskut yang terdiri dari pelbagai perisa. Ini termasuklah kek coklat, vanilla, pandan, blueberry dan sebagainya. Manakala roti bun yang dihasilkan termasuklah yang berinti kacang, sardin dan ikan bilis.Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada kanak-kanak. Ini membuka peluang kepada beliau untuk mengembangkan pasaran produk yang dihasilkan.

Antara usaha beliau termasuklah membekalkan 5 jenis produk beliau untuk dijual 5 buah kantin sekolah. Sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah SMK Kuala Nerang, SMK Dato’ Syed Ahmad, SMK Naka, SMK Padang Terap dan SMK Kubur Panjang. Produk yang dijual di kantin sekolah terdiri daripada pelbagai perisa kek cawan, tat, roti ban, roti sosej dan cream puff. Setiap jenis produk yang dibekalkan adalah sebanyak 40 hingga 50 biji dan berharga RM 1.00 sebiji.

Harga kek bergantung kepada berat dan jenis kek. Contohnya kek keju dan tiramisu berharga RM60/1kg atau RM30/ ½ kg, kek span berharga RM40/1kg atau RM20/ ½ kg. Biasanya, kek yang dihasilkan hanya bertahan selama seminggu bergantung kepada bahan-bahan yang digunaan semasa pembuatan kek dan produk lain.

Beliau turut mendapat banyak tempahan kuih raya setiap kali musim perayaan dan tempahan kek untuk hari perkahwinan, hari guru, hari ibu, hari bapa, hari lahir dan lain-lain . Setakat ini, beliau dan pekerja berjaya menghasilkan 10 jenis kek, pastry dan 12 jenis kuih raya. Waktu kedai beliau beroperasi adalah dari 8.00 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

2. Ustaz Samsuri Bin Hj Ahmad

Beliau merupakan salah seorang usahawan di Kampung Belukar Luas yang menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan kopi kampung dan produk kesihatan. Beliau menyerahkan tugas penghasilan produk serbuk kopi kampung kepada isterinya Pn Rohani Binti Said. Beliau sendiri mengusahakan produk kesihatan yang terdiri daripada ubat-ubatan dan minuman.  Terdapat 12 jenis produk yang dijual oleh Ustaz Samsuri. Beliau mengeluarkan modal sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pertubuhan untuk membeli mesin dan peralatan berkaitan untuk penghasilan produk.

Minyak gosok Raja Kayu telah diusahakan oleh Ustaz Samsuri sejak 30 tahun yang lalu dan kini beliau berjaya menyiapkan produk dalam jumlah yang banyak iaitu sebanyak 1000 botol setiap kali bagi setiap kali penghasilannya.

Bagi produk serbuk kopi kampung yang diusahakan oleh isteri beliau, Rohani Binti Said, sebanyak 10 kg kopi mentah akan dipanggang setiap hari dan dikisar dengan menggunakan mesin bagi menghasilkan serbuk kopi kampung.

Antara produk yang dijual oleh Ustaz Samsuri:

Bil

Produk

Berat (g)/Isipadu(ml)

1

Serbuk kopi kampung

60 g

2

Karas (Kuih tradisional)

50 g

3

Madu kelulut

200 ml

4

Air Penawar Pondok

1000 ml

5

Air zam-zam

500 ml

6

Cuka Nipah

500 ml

7

Cuka Kurma

500 ml

8

Minyak Zaitun

250 ml

9

Ubat titis untuk mata (Air zam-zam)

10 ml

10

Ubat Homeopathy

30 ml

11

Minyak gosok Raja Kayu

-          Botol kecil

-          Botol besar

50 ml

150 ml

12

Bantal kekabu

-          Saiz kecil

-          Saiz panjang (bantal peluk)

-          Saiz biasa

3. Nur Mayani Ismail

Beliau merupakan seorang usahawan serba boleh. Ini kerana, selain telah mencipta nama sebagai penulis novel dan cerpen, beliau berusaha untuk mempelbagaikan cabang perniagaan seperti menjual shawl jenama sendiri dan mengambil upah sebagai jurumekap. Beliau mempelajari sendiri asas kemahiran melalui laman sosial dan turut melatih golongan belia untuk turut sama mengambil peluang yang ada bagi mewujudkan perniagaan yang boleh menjana pendapatan sendiri. Beliau turut menjadi tokoh usahawan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Belukar Luas selepas turut sama menjadi tenaga pengajar bagi Bengkel Penulisan Novel dan Bengkel Kemahiran Mekap. Kini, usaha gigih beliau semakin membuahkan hasil apabila berpeluang mewujudkan syarikat penerbitan buku sendiri. Harapan beliau agar belia lain turut sama mengambil peluang segala perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia untuk terut sama meningkatkan potensi diri dan menjana pendapatan melalui usaha berterusan.

4. Stesen Minyak dan Kedai Runcit

-               Stesen minyak yang telah 12 tahun beroperasi di Kampung Belukar Luas dimiliki oleh Nor Hayati Hashim yang dibantu oleh adik dan seorang pekerja.

-            Stesen minyak ini memberi banyak kemudahan bukan hanya kepada penduduk, malah pengunjung dari luar yang melalui Kampung Belukar Luas. Pemiliknya, Pn Norhayati Binti Hashim banyak mendapat sokongan dari keluarga dan mampu menggaji perkerja bagi mengendalikan urusan di  stesen minyak berkenaan.

Terdapat 5 buah kedai runcit di Kampung Belukar Luas. Antaranya:

-                Puan Rogayah Ibrahim merupakan antara peruncit di Kampung Belukar Luas. Lokasi kedai runcit beliau adalah berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. Kedai beliau mula beroperasi pada 12 Januari 2012.

-               Mohd Khalid Zakaria juga seorang peruncit yang memulakan perniagaannya sejak bulan Disember 2012. Kedai runcit beliau turut menjadi pilihan penduduk kampung memandangkan beliau menyediakan ruang yang lebih luas dan memperbanyakkan barangan runcit yang memenuhi keperluan penduduk.