Tarikh :  11/8/2022
Masa :   11 pagi hingga 1 tengah hari 
Tempat :  PEDI Kg Belukar 
 Peserta :   Petugas PEDI

 

Aktiviti: Taklimat Pengurusan Aset Lama PEDI oleh TM.

 

Tujuan :Taklimat Pengurusan PEDI ini disampaikan oleh Puan Norfirdaus dari TM. Agenda yang dibincangkan adalah latar belakang pembaharuan projek PEDI 2022, mengemaskini rekod inventori aset baru dan juga pengurusan PEDI.

 

Gambar Disini.

Tarikh :    7/8/2022 (Ahad) 
 Masa :  8 pagi hingga 2 petang 
 Tempat :   Dewan Harmoni Bukit Tembaga 
 Peserta :  Komuniti Kg Bukit Tembaga  

 

Aktiviti: Hari Ahad, 7 hb Ogos 2022, satu Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga telah diadakan di Felda Bukit Tembaga. Program ini anjuran Felda Bukit Tembaga bersama dengan Pejabat Kemas Padang Terap dan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap serta agensi agensi lain di Padang Terap.Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia 

 

Tujuan: Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap iaitu Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid. Pelbagai acara dilangsungkan bermula dengan senamrobik, gotong royong menanam pokok disekitar kawasan felda, pameran agensi agensi, sukaneka, pertandingan membuat kerabu, pertandingan gubahan tuala, sumbangan kepada asnaf dan cabutan nombor bertuah.Program yang berlangsung meriah menerima sambutan menggalakkan dari penduduk dan pelajar sekolah berdekatan ia sekaligus memupuk semangat muhibah dan gotong rotong dikalangan masyarakat komuniti tempatan.

 

Gambar Disini.

Tarikh :  13 Julai 2022
Masa :   2 petang hingga 5 petang 
Tempat :   PEDI Kg Belukar Luas 
 Peserta :   Pelajar 

 

Aktiviti : Pelajar menyertai Kelas ICT ke PEDi Kg Belukar Luas (

 

Tujuan : Petugas PEDi mengajar para peserta yang hadir pada kelas ICT dengan melakukan kelas ICT Roomstyler.Mengasah kemahiran dan menambah daya kreatif para pelajar mendeko dan renovasi rumah melalui aplikasi Roomstyler.

 

Gambar Disini.

 Tarikh :   2 Ogos 2022 (Selasa)  
 Masa :   11.00 hingga 1.00 petang 
 Tempat :   PEDI Pekan Naka 
 Peserta   Rakan Digital 

 

Aktiviti : Tujuan utama mengadakan mesyuarat antara MSD dan Rakan Digital (RD) untuk mendidik dan memberi panduan kepada usahawan kecil cara mengendalikan perniagaan secara dalam talian.

 

Tujuan : Encik Sahril memberi taklimat berkenaan bidang kerja bagi jawatan Rakan Digital dan KPI yang diperlukan oleh seorang RD.

 

Gambar Disini. 

 

Tarikh :   16 Julai 2022
Masa :   10:45 pagi hingga 11:45 pagi dan 4:45 petang hingga 5:45  petang 
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas 
 Peserta :   3 Orang Peserta 

 

Aktiviti : Peserta yang terdiri daripada murid sekolah menghadiri e-tuisyen secara atas talian untuk kelas Kemahiran Mengenal Huruf Terbuka dan Matematik Tahun 1/2/3.

 

Tujuan : Kelas e-Tuisyen diadakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

Gambar Disini.