Tarikh :   23 Disember 2022
Masa :  9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Usahawan di Daerah Padang Terap

 

Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memudahkan usahawan tempatan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan. Hal ini kerana, sijil ini amat penting bagi individu yang terlibat dalam industri makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Aktiviti : Kursus ini diadakan selama 3 jam secara online di PEDi Kg Belukar Luas dan disertai oleh beberapa orang usahawan tempatan di Daerah Padang Terap. Petugas PEDi menyediakan kemudahan tempat dan kemudahan internet kepada para peserta melalui aplikasi zoom meeting.

 

Gambar Disini

 

Tarikh :   22 Disember 2022
Masa :  9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Pelajar sekolah

 

Tujuan: Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah sempena cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis pokok serta kegunaannya. Selain itu, melalui program ini peserta di dedahkan dengan peralatan asas komputer dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Aktiviti: Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menanam pokok, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 dan 6 orang peserta. Aktiviti seterusnya ialah, cari silang kata tersembunyi. Aktiviti ini diadakan untuk melihat kemahiran dan kepantasan para peserta untuk selesaikan silang kata tersebut.

 

Gambar Disini

Tarikh :   6 Disember 2022
Masa :  2:30 petang hingga 3.30 petang
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Pelajar Sekolah 

 

Tujuan: Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peralatan komputer dan ICT serta cara bermain sambil belajar.

 

Aktiviti: Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan laman web quizizz dan seterusnya memberi pendedahan kepada peserta cara untuk bermain sambil belajar..

 

Gambar Disini

 

Tarikh :   11 Disember 2022
Masa :  2:15 petang hingga 3.15 petang
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan: Tujuan kelas ini diadakan untuk memudahkan pelajar mengikuti kelas tuisyen serta menambah pemahaman pelajar dan membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek.

 

Aktiviti: Pelajar mendengar penerangan daripada guru dan mengikut arahan yang diberikan. Pelajaran ini di adakan menerusi aplikasi zoom.

 

Gambar Disini

Tarikh :   1 Disember 2022
Masa :  3.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan: Pelajar menyiapkan tugasan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

 

Aktiviti: Pelajar menggunakan microsoft word untuk menaip kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan menggunakan aplikasi google untuk mencari maklumat.

 

Gambar Disini