Tarikh :   16 Februari 2023 
Masa :   3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan : Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar mengenai cara menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan betul serta memberi pendedahan mengenai setiap tools yang ada di dalam Microsoft Word.

 

Aktiviti : Petugas memberi penerangan mengenai kegunaan aplikasi Microsoft Word serta cara untuk menggunakan setiap tools yang ada di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, pelajar juga diajar untuk menggunakan tanda baca, huruf kecil dan besar serta cara untuk memilih font dan saiz tulisan yang sesuai semasa menaip artikel. Seterusnya, untuk melatih kefahaman pelajar, pelajar diminta untuk menaip artikel mengikut contoh yang diberikan.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   13 Februari 2023 
Masa :   8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat :   SMK Padang Terap
Peserta ;   Pelajar Tingkatan 1 dan 2

 

Tujuan : Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kepentingan untuk melindungi data peribadi sebagai pengguna di internet. Program Klik dengan Bijak ini berkolaborasi bersama Pepustakaan Desa Zon 9 Padang Terap. 

 

Aktiviti : Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar smk padang terap ialah kuiz ICT, silang kata ICT, jumlah KDB dan kuiz spontan berdasarkan taklimat klik dengan bijak.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   02 Februari 2023 
Masa :   10:00 pagi hingga 1:00 petang 
Tempat :   PEDi Kg Tanjung
Peserta ;   Penolong Pengurus dan Pengurus 

 

Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada penolong pengurus baru mengenai tugas-tugas yang harus dilaksanakan untuk memastikan kelancaran operasi pedi.

 

Aktiviti : Antara aktviti atau slot yang diadakan adalah pengurus pedi memberi tunjuk ajar mengenai laman web seperti Portal, CMS, TM UMMS serta tunjuk ajar mengenai kisah kejayaan usahawan serta celik ICT. Seterusnya, penolong pengurus juga diberi tunjuk ajar mengenai Mycomms, serta cara-cara untuk menyiarkan iklan dan aktiviti pedi di dalam media sosial.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   06 Februari 2023 
Masa :   2.30 petang hingga 4.30 petang 
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   1 Orang 

 

Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu asas dan memperkenalkan aplikasi shopee kepada usahawan. Shopee adalah sebuah aplikasi yang bergerak dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. 

 

Aktiviti : Kelas Asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Belukar Luas oleh rakan digital Pedi Kg Belukar Luas. Rakan Digital mengajar peserta cara-cara membuka akaun shopee dan cara untuk menguruskan jualan di aplikasi shopee.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   26 Januari 2023 
Masa :   2.30 petang hingga 5.30 petang 
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta ;   2 Orang 

 

Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu asas dan memperkenalkan aplikasi shopee kepada usahawan. Shopee adalah sebuah aplikasi yang bergerak dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. 

 

Aktiviti : Kelas Asas Shopee telah diadakan di PEDi Kg Belukar Luas oleh rakan digital kluster padang terap. Rakan Digital mengajar peserta cara-cara membuka akaun shopee dan cara untuk menguruskan jualan di aplikasi shopee.

 

Gambar Disini.