Tarikh : | 27 Jun 2022 |
Masa : | 10 Pagi hingga 1 Petang |
Tempat: | PEDi Kg Tanjung |
Peserta : | Komuniti Setempat |
Aktiviti : Kaunter Permohonan BMT telah diadakan di PEDi Kg Tanjung.Setiap pengunjung yang hadir perlu membawa dokumen seperti geran ,kad pengenalan dan salinan akaun bank.
Tujuan : Kaunter Permohonan BMT RISDA telah diadakan bagi memberikan kemudahan pendedahan kepada komuniti setempat tentang cara pengisian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) secara atas talian dan juga melalui borang iatitu secara manual.
Tarikh : | 23 Jun 2022 (Khamis) |
Masa : | 2.30 Petang hingga 4.30 Petang |
Tempat : | Perpustakaan DESA Masjid Kg Padang Nyior |
Peserta : | Pelajar SMK Padang Terap |
Aktiviti : Perpustakan DESA Masjid Kg Padang Nyior telah menganjurkan program untuk pemberian 2 unit penyaman udara dari Dr Kamarul. Beliau merupakan dekan dari UUM. Sumbangan itu merupakan sumbangan bagi kemudahan perpustakaan SMK Padang Terap. Dr Kamarul memberi sedikit taklimat kepada para pelajar yang hadir. Sesi MyHealth juga turut diadakan.
Tujuan : Program ini dilaksanakan bagi tujuan pemberian sumbangan alat penyaman udara kepada perpustakaan SMK Padang Terap disampinng memberi taklimat motivasi oleh Dr Kamarul kepada para pelajar yang hadir pada hari tersebut.Disamping itu, program diteruskan dengan taklimat dari petugas PEDi iaitu program Klik Dengan Bijak (KDB). Program tersebut menekankan mengenai melindungi maklumat peribadi sebagai pengguna di internet. Setelah sesi taklimat KDB, petugas PEDi telah mengadakan sesi kuiz dan penyampaian hadiah bagi setiap kuiz yang berjaya dijawab oleh para pelajar.Sambutan oleh para pelajar SMK Padang Terap amat menggalakkan.Selain itu, sesi pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan pada hari tersebut.
Tarikh : | 9/6/2022 |
Masa : | 10pagi hingga 12 tengah hari |
Tempat : | PEDI Kg Belukar Luas |
Peserta : | 4 orang |
Aktiviti : Aktiviti kali ini melibatkan 4 orang pelajar sekolah rendah.Peserta diajar cara membuat poster Hari Bapa dengan menggunakan Canva.com.
Tujuan :Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta sekolah rendah untuk membuat poster dengan mudah menggunakan aplikasi atas talian Canva.com
Tarikh : | 16 Jun 2022 |
Masa : | 10 Pagi hingga 1 Tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Komuniti Terdekat |
Aktiviti : Aktiviti yang diadakan adalah semakan dan pendaftaran i-Suri, i-Akaun, i-Saraan, membuat pendaftaran bagi penama dan juga urusan lain yang berkaitan dengan kaunter KWSP.
Tujuan :Memberi kemudahan kepada komuniti setempat yang berkaitan dengan KWSP.Semua sebarang pertanyaan boleh diajukan pada agensi berkenaan.
Tarikh : | 2/6/2022 |
Masa : | 10 pagi hingga 12 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | 1 Orang |
Aktiviti :Peserta menduduki Ujian MEDSI bagi UPSI secara atas talian di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Ujian ini bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Tujuan :Ujian MEdSI atau Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah salah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Pogram Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Ujian MEdSI bertujuan untuk menilai peserta dari segi kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.