Tarikh :    15 September 2022
Masa :   10:00 pagi hingga 4:30 petang 
Tempat :  Perkarangan Pejabat Koperasi ,Kampung Padang Nyior Kedah Berhad
Peserta :   Komuniti Padang Terap

 

Aktiviti :Program Mesra Pengguna telah diadakan di Perkarangan Pejabat Koperasi ,Kampung Padang Nyior Kedah Berhad dan telah dirasmikan oleh  YB Dato' Seri Mahdzhir Bin Khalid.Pelbagai pameran dan jualan  telah diakdakan disana seperti KPDNHEP, PEDI, PTPTN, PEKESO,Tabung Haji, Kolej Komuniti Padang Terap, Wan Nursery, Empayar Keladi, Optometris Faizah dan jugak Pejabat Pertanian Negeri Kedah.

 

Tujuan : Program Mesra Pengguna 2022 ini dirancang bertujuan menyemai nilai-nilai kepenggunaan yang baik dalam kalangan komuniti setempat dan melahirkan rakyat yang bermaklumat, rasional dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.Objektif Program Mesra Pengguna anjuran Koperasi Kampung Padang Nyior Kedah Berhad, Gerakan Pengguna Daerah Padang Terap, Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Perpustakaan Desa Masjid Kg. Padang Nyior, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Cluster Padang Terap (PEDI) dan PAWE Daerah Padang Terap adalah untuk memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup dan beban rakyat dan juga menyebarluaskan peranan agensi kerajaan dan NGO kepada masyarakat luar bandar seterusnya memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat.

 

Gambar Disini.