Tarikh :   09 Julai 2023 
Masa :   10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Usahawan 

 

Tujuan : Untuk mengedit poster yang akan dijadikan sebagai banner untuk mempromosikan barang jualan dan perkhidmatan yang dijalankan.

 

Aktiviti : Peserta menggunakan aplikasi canva untuk mengedit poster serta dibantu oleh petugas untuk mencari elemen yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design poster.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   03 Julai 2023 
Masa :   10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Usahawan 

 

Tujuan : Untuk menguruskan barangan jualan di dalam akaun shopee seperti melihat bilangan stok dan sebagainya.

 

Aktiviti : Usahawan menggunakan perkhidmatan komputer dan internet untuk melayari laman web shopee untuk menguruskan barangan jualan beliau.

 

Gambar Disini.

Tarikh :  17 Jun 2023 
Masa :   2:30 petang hingga 4:30 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan : Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai ancaman siber dan contoh-contoh jenyah siber pada masa kini.

 

Aktiviti : Petugas memberi penerangan kepada pelajar mengenai asas keselamatan, tanggungjawab dan penggunaan internet kepada pelajar.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   23 Jun 2023 
Masa :   9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Usahawan Sekitar Padang Terap

 

Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memudahkan usahawan tempatan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan. Hal ini kerana, sijil ini amat penting bagi individu yang terlibat dalam industri makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Aktiviti : Kursus ini diadakan selama 3 jam secara online di PEDi Kg Belukar Luas dan disertai oleh beberapa orang usahawan tempatan di Daerah Padang Terap. Petugas PEDi menyediakan kemudahan tempat dan kemudahan internet kepada para peserta melalui aplikasi zoom meeting. Taklimat ini diberikan oleh NZ Bunga Training & Consultation.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   06 Jun 2023 
Masa :   9:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat :   PEDi Belimbing Kanan
Peserta :   Komuniti Sekitar Padang Terap

 

Tujuan : Program yang diadakan ini berkolaborasi bersama Pejabat KEMAS Daerah Padang Terap dan Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap. Tujuannya adalah untuk memberi penerangan dan kursus cara-cara untuk menghasilkan kordial mangga dan nenas dengan sendiri.

 

Aktiviti : Aktiviti yang dilakukan semasa program berlangsung adalah penerangan daripada cikgu KEMAS dan pihak Pertanian Padang Terap berkenaan cara menghasilkan kordial mangga dan nenas. Seterusnya, peserta mengambil peluang untuk membantu dalam menghasilkan kordial.

 

Gambar Disini.