Tarikh :   01 Ogos 2023 
Masa :   9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari
Tempat :   SK Panglima Awang
Peserta :   Pelajar Sekolah Tahap 2

 

Tujuan : Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya penggunaan media sosial serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai isu buli siber dan online grooming.

 

Aktiviti : Peserta diberi taklimat mengenai kesan peranti teknologi kepada perkembangan sosial dan permasalahan kesihatan kanak-kanak. Taklimat ini diberikan oleh pegawai psikologi pejabat kebajikan masyarakat Daerah Padang Terap. Seterusnya, Pengurus PEDi Felda Lubuk Merbau memberi taklimat berkaitan bahaya siber terhadap kanak-kanak yang memfokuskan isu buli siber dan online grooming.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   22 Julai 2023 
Masa :   2:30 tengah hari hingga 4:30 tengah hari
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Pelajar Sekolah

 

Tujuan : Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing para pelajar dalam menggunakan aplikasi microsoft word serta melatih mereka menjadi seorang yang berani untuk memberi ucapan atau bercakap di hadapan khalayak ramai.

 

Aktiviti : Aktiviti yang dijalankan semasa kelas berlangsung adalah peserta diajar cara-cara untuk menaip dan memuatnaik gambar di dalam aplikasi microsoft word. Peserta juga diajar untuk memilih dan menggunakan jenis tulisan, font dan warna yang sesuai. Seterusnya, peserta diminta untuk bercakap di hadapan dan menceritakan mengenai diri beliau kepada rakan-rakan.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   13 Julai 2023 
Masa :   10:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Komuniti Sekitar Padang Terap

 

Tujuan : Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan kepada komuniti sekitar untuk membuat pembukaan akaun CIMB Bank tanpa memerlukan apa-apa dokumen.

 

Aktiviti : Komuniti yang hadir menyediakan kad pengenalan dan telefon bimbit masing-masing untuk berurusan dengan pihak CIMB Bank. Petugas membantu dalam pendaftaran komuniti yang hadir.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   17 Julai 2023 
Masa :   9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat :   Zoom Meeting
Peserta :   Pengurus / Penolong Pengurus PEDi

 

Tujuan : Tujuan training ini diadakan adalah untuk memperkenalkan serta menerangkan sistem baru yang akan digunakan oleh semua petugas PEDi.

 

Aktiviti : Peserta training ini terdiri daripada pengurus atau penolong pengurus PEDi bagi menjadi wakil untuk mengikuti training yang dijalankan. Setiap wakil PEDi perlu mendaftar sebagai pengguna baru melalui laman web https://peditraining.mcmc.gov.my/login untuk mendapat akses kepada website baharu yang akan diterangkan. Website ini bertujuan untuk mengisi data dan maklumat berkaitan program yang dijalankan oleh PEDi.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   10 Julai 2023 
Masa :   2:30 petang hingga 4:30 petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   Belia

 

Tujuan : Untuk menghasilkan resume dengan menggunakan aplikasi canva yang akan digunakan untuk mencari pekerjaan.

 

Aktiviti : Peserta menggunakan aplikasi canva untuk menghasilkan resume yang menarik serta dibantu oleh petugas.

 

Gambar Disini.