Tarikh : | 19 Ogos 2023 |
Masa : | 2:30 petang hingga 4:30 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah |
Tujuan : Kelas e-pembelajaran ini diadakan untuk menarik minat pelajar untuk bermain sambil belajar dengan menggunakan laman web abcya.com.
Aktiviti : Petugas menerangkan dan memberi contoh kepada peserta seterusnya peserta diberi peluang untuk mencari peralatan teknologi yang tersembunyi dan menjawab soalan mengenai fungsi peralatan yang dijumpai.
Tarikh : | 18 Ogos 2023 |
Masa : | 2:30 petang hingga 4:30 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar Sekolah |
Tujuan : Kelas ini diadakan untuk mengulangkaji bersama pelajar mengenai sistem solar serta mengajak mereka untuk meneroka, bermain dan seterusnya mencipta sistem solar menggunakan konsep block coding.
Aktiviti : Petugas menerangkan setiap fungsi block coding serta menunjukkan cara-cara untuk menyusun block coding untuk dijadikan satu sistem solar.
Tarikh : | 04 Ogos 2023 |
Masa : | 2:00 tengah hari hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Komuniti Sekitar |
Tujuan : Tujuan kelas masakan ini diadakan adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan bagi resepi membuat roti jala rose dan membantu komuniti menjana pendapatan kecil dari hasil menyertai kelas yang diadakan.
Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengajar memberi penerangan mengenai cara-cara untuk membancuh tepung dan teknik yang digunakan supaya roti jala yang dihasilkan menjadi dan senang untuk digulung. Seterusnya, peserta mengambil peluang untuk mencuba sendri cara-cara untuk membuat roti jala rose.
Tarikh : | 07 Ogos 2023 |
Masa : | 10:00 pagi hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | Komuniti Sekitar |
Tujuan : Tujuan soal selidik ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengumpul maklum balas daripada komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang pernah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
.
Aktiviti : Petugas Pusat Ekonomi Digital menyediakan tempat dan responden untuk sesi soal selidik yang dijalankan. Setiap responden mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sesi soal selidik bersama pihak Merdeka Center.
Tarikh : | 03 Ogos 2023 |
Masa : | 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari |
Tempat : | PEDi Kg Tanjung |
Peserta : | 15 Orang Peserta |
Tujuan : Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta cara untuk membuka akaun tiktok shop dan menjadi seller di aplikasi tiktok. Peserta juga diajar cara untuk mengisi maklumat ke dalam sistem ninja van.
Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar mengenai aplikasi tiktok dan cara-cara untuk mendaftar sebagi penjual. Peserta juga diberi pendedahan mengenai ninja van sebagai salah satu courier penghantaran.