Tarikh : | 22 Mei 2022 |
Masa : | 11:00 pagi |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta | 1 Orang |
Aktiviti: Petugas PEDi mengajar peserta yang bakal berkahwin untuk mengisi borang online nikah.
Tujuan :Mana-mana pasangan yang ingin berkahwin dikehendaki mengisi borang secara online di laman website https://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new.
- Selepas calon lelaki atau perempuan mengisi borang, mereka perlu mencetak borang tersebut dan hantar ke pejabat agama islam yang berdekatan untuk proses seterusnya.
Tarikh : | 26 Mei 2022 |
Masa : | 2 : 00 hingga 3 : 00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | 5 orang |
Aktiviti :Para pelajar diberi tugasan untuk menaip artikel bertajuk kepentingan kokurikulum di sekolah.
Tujuan : Kelas menaip ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dalam kalangan pelajar sekolah rendah dengan cara yang betul. Disamping itu pelajar akan dapat mempelajari bagaimana menggunakan komponen-kompenan yang terdapat didalam Microsoft Office Word ini dan akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan menggunakan Ms Word sebagai pelbagai fungsi.
Tarikh : | 21 Mei 2022 (Sabtu) |
Masa : | 10:45 pagi hingga 11:45 pagi |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | 1 Orang |
Aktiviti :Peserta yang terdiri daripada murid sekolah menghadiri e-tuisyen secara atas talian.
Tujuan :Kelas e-Tuisyen diadakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah melalui atas talian bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Tarikh : | 23 Mei 2022 |
Masa : | 3:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | 6 Orang |
Aktiviti :Peserta yang terdiri dari sekolah rendah menyertai aktiviti online Word Search (Crossword) dan petugas menerangkan tentang Buli Siber (KDB) melalui tayangan video.
Tujuan : Tujuan aktiviti online ini diadakan adalah untuk meransang minda dan tahap kecergasan pelajar sekolah rendah.Aktiviti online memboleh para pelajar lebih berani dan berkeyakinan dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Selain itu, tayangan video Buli Siber (KDB) ditayangkan kepada pelajar untuk mengetahui kesan buruk dan cara menangani dari kegiatan buli siber di media sosial.
Tarikh : | 17 Mei 2022 |
Masa : | 2 petang hingga 4 petang |
Tempat : | PEDi Kg Belukar Luas |
Peserta : | 1 orang |
Aktiviti : Pelajar mencari maklumat yang berkaitan dengan subjek Tasawwur Islam bagi tingkatan 4.
Tujuan : Pelajar menyiapkan tugasan dengan mencari maklumat di internet sebagai bahan rujukan untuk tugasan sekolah.