Tarikh :   29 Mac 2022
Masa :   9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat :   Zoom Meeting 
Peserta :   Pengurus PEDi / Penolong Pengurus PEDi

 

Aktiviti : Pegawai dari SSM menerangkan cara mendaftar SSM melalui ezbiz dengan lebih terperinci.Setiap pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum akses dengan lebih lanjut mengenai lesen perniagaan.Pelbagai maklumat telah diterangkan oleh moderator dan pelbagai soalan telah diajukan oleh peserta kepada pihak moderator melalui aplikasi zoom meeting.

 

Tujuan : Tujuan taklimat diadakan untuk memberitahu apa fungsi SSM, kelebihan mendaftar dengan SSM dan  apa yang ditawarkan oleh  SSM seperti Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).SPPP merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan usahawan yang terdiri daripada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA.

 

Gambar Disini.

 

 

Tarikh :   19 Mac 2022 
Masa :   2 Petang-6 Petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas 
 Peserta :   5 Orang 

 

Aktiviti : Dengan kerjasama PEDi Belimbing Kanan & PEDi Kg Belukar Luas.Peserta diajar mendaftar akaun baru, belajar cara memasukkan produk yang dijual dengan betul,cara membuat pembelian produk,perbankan online dan akhir sekali cara pengeposan produk kepada pembeli.

 

Tujuan : Bengkel asas shopee ini dilakukan untuk komuniti yang berminat dan memberikan pendedahan kepada para usahawan baru cara mempromosikan produk mereka melalui platfrom shopee.Usaha membantu melahirkan lebih banyak usahawan yang bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan di shopee.Di samping meningkatkan lagi pendapatan usahawan.Setiap perserta yang hadir akan diberikan taklimat dan tunjuk ajar memgenai langkah-langkah cara menjadi pembeli dan penjual di shopee. 

 

Gambar Disini.

Tarikh :  20/3/2022
Masa :  3:00 hingga 4 Petang
Tempat :  PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :  1 Orang 

 

Aktiviti : Peserta menjawab kuiz e-waste.

 

Tujuan : Pelajar didedahkan dengan kuiz mengenai e-waste secara online. 

 

Gambar Disini.

Tarikh :   21 Mac 2022
Masa :   10 Pagi hingga 2 Petang 
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
Peserta :   7 Orang 

 

Aktiviti : Kerjasama PEDi dengan Agensi Pekerjaan EMA SDN.BHD telah mengadakan sesi temuduga bagi jawatan kosong operator (Kilang Face Mask).

 

Tujuan : Sesi temuduga ini diadakan bagi membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat yang sedang memerlukan pekerjaan.Selain itu, dapat memberi manfaat dan peluang kepada komuniti setempat dengan menjadikan pusat internet sebagai platform dan rujukan pekerjaan.

 

Gambar Disini. 

Tarikh :  18 Mac 2022 
Masa :  2.45 Petang - 5 Petang
Tempat :   PEDi Kg Belukar Luas
 Peserta :   8 Orang

 

Aktiviti : Para petugas PEDi menyediakan nota bgi setiap subjek (Smart Math &English) dan peserta mula belajar dan membuat latihan bersama pengajar secara atas talian.

 

Tujuan : Kelas e-Tuisyen diadakan untuk pelajar sekolah rendah melalui atas talian (zoom meeting) bagi memberikan bimbingan tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

Gambar Disini.