Tarikh : 24 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Kg Masjid Baru, Naka
Peserta : 50 orang

Tarikh : 24 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pekan Naka
Peserta : 150 orang peserta

Tarikh : 24 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : SK Kubang Palas, Padang Sanai
Peserta : 150 orang peserta

Tujuan 

Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. 

Aktiviti 

Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.

Gambar Disini

Pesta Emping di Kurung Hitam

Tarikh : 22 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Perkarangan Masjid Kg Tengah, Mukim Kurung Hitam
Peserta : 50 orang peserta

Tujuan 

Program bersama agensi pertanian ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Tradisi membuat emping iaitu salah satu makanan tradisional suatu masa dahulu diperkenalkan melalui pesta ini khususnya kepada golongan muda pada hari ini. 

Aktiviti 


Selain pelbagai aktiviti rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB dan DK, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak).

Gambar Disini

Tarikh : 10 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung
Peserta : 50 orang

Tarikh : 11 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan
Peserta : 50 orang peserta

Tarikh : 12 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubuk Merbau
Peserta : 50 orang peserta

Tujuan 

Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat serta menjalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan berkaitan ICT dan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT di samping menjana ekonomi setempat. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. 

Aktiviti 

Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Pelbagai pertandingan ICT dan keusahawan turut dijalankan bagi memberi lebih kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.

Gambar Disini

Program Lawatan Media ke Menarik di Padang Terap pada 3-6 Ogos 2017

Tarikh : 3-6 Ogos 2017
Masa : 3 hari
Lokasi : Sekitar lokasi Menarik Di Padang Terap
Peserta : 50 orang peserta

Tujuan 

Program ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Petugas media turut menemubual usahawan Pusat Internet 1Malaysia sebagai ikon usahawan yang menggunakan sebaiknya perkhidmatan yang disediakan untuk pembangunan ekonomi dan mempromosikan lokasi menarik di sekitar daerah Padang Terap.

Aktiviti 


Para peserta yang terdiri dari kalangan wartawan media cetak dan elektronik diberikan taklimat berkaitan program menarik di Padang Terap oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, dan dibawa melawat ke beberapa lokasi terpilih bagi membolehkan proses rakaman, temubual usahawan dan lain-lain dijalankan mengikut jadual dan objektif.

Gambar Disini

JULAI2017

JUN2017

MEI2017

APRIL2017

MAC2017

FEBRUARI2017

JANUARI2017