Wakil petugas dari setiap Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi menguruskan aktiviti yang berlangsung serentak di 3 lokasi iaitu:


1. Perkarangan Surau, Kampung Masjid Baru, Naka
- Program Komuniti Sihat sejahtera anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap (KOSPEN) Padang Terap
- Petugas Pusat Internet turut menyelitkan aktiviti taklimat dan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak, Dashboard Komuniti dan lain-lain.

2. Pekan Naka
- Program Kembara Merdeka anjuran pejabat Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu
- Konvoi Merdeka. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput menyertai program ini.

3. SK Kubang Palas, Padang Sanai.
- Program Sambutan Merdeka. Petugas turut mengambil peluang menjalankan taklimat, kuiz dan program lain bersama pihak sekolah dan perpustakaan desa.