WARUNG ROTI CANAI BELUKAR LUAS
Kedai makan yang dibuka setiap pagi ini terdekat terletak bersebelahan kedai kek di Kampung Belukar Luas, tidak jauh dari Pusat Internet. Aneka menu Roti Canai dan minuman boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan. 3 jenis Roti yang mendapat pilihan tertinggi pelanggan termasuklah:
- Roti Kosong
- Roti Sardin
- Roti Telur
Enak dinikmati bersama Teh Tarik setiap pagi.
http://belukarluas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/78-makanan#sigFreeIddaf802511c
KEDAI MAKAN KAK TON
Kedai makan terdekat terletak di hadapan Tabika KEMAS dan Klinik Desa Kampung Belukar Luas, tidak jauh dari Pusat Internet. Pelbagai menu masakan boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang terdapat di kedai ini termasuklah:
- Nasi Goreng Ayam / Daging
- Nasi Goreng Kampung/Biasa
- Mee / Kuewtiaw / Bihun Goreng
- Maggi Kuah
- Laksa
- Bihun Goreng
- Rojak Buah
- Ais kacang (ABC)
- Aneka Minuman
http://belukarluas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/78-makanan#sigFreeId3449585e2a
KEDAI MAKAN FAZ CORNER
Kedai makan yang juga terletak di Kampung Belukar Luas, tidak jauh dari Pusat Internet. Pelbagai menu masakan boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang terdapat di kedai ini termasuklah:
🌻faz corner
#nasi ayam
#nasi lemak
#soto
#burger
#aneka goreng
#tomyam
http://belukarluas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/78-makanan#sigFreeId098ad8deef
MENU MAJLIS KERAMAIAN
Disamping itu, majlis keramian yang berlangsung secara gotong - royong mengekalkan pelbagai pelbagai makanan/minuman tradisi yang masih menjadi pilihan masyarakat di Kampung Belukar Luas dan kampung-kampung sekitar daerah Padang Terap. Antaranya termasuklah:
1. Kopi Kampung (Kopi Tumbuk)
Minuman tradisi ini masih diminati sehingga ke hari ini. Jika dahulu proses menghasilkan kopi kampung adalah dengan menggunakan kaedah tradisional, namun pada hari ini, mesin digunakan bagi memudahkan proses menghasilkan kopi dalam bentuk serbuk. Ustaz Samsuri merupakan usahawan tunggal di Kampung Belukar Luas yang menghasilkan produk kopi kampung untuk menambahkan sumber pendapatan.
Kopi kampung menjadi pilihan untuk sarapan, ketika majlis keramaian, setiap kali tetamu berkunjung ke rumah dan juga bekalan untuk dibawa bersama untuk dinikmati selepas berpenat lelah di kebun dan sawah padi.
2. Gulai Daging Batang Pisang
Menu ini amat digemari terutama ketika majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Ini adalah kerana batang pisang adalah antara bahan utama yang mudah didapati di kawasan sekitar kampung. Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Gulai Daging Batang Pisang ini menjadikan rasanya sangat enak dan unik. Putik pisang (pisang yang masih putik/muda) atau jantung pisang juga boleh digunakan bagi menggantikan batang pisang untuk dicampur ke dalam Gulai Daging ini.
3. Ketupat Palas (Daun Palas)
Ketupat Daun Palas lebih menjadi pilihan kebanyakan penduduk di sekitar daerah Padang Terap terutama menjelang hari perayaan. Penghasilan ketupat daun palas lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding lemang dan ketupat yang dibalut dengan menggunakan daun kelapa.