Tarikh : | 08 Mei 2024 |
Masa : | 9:30 pagi hingga 12:30 petang |
Tempat : | NADI Kg Tanjung |
Peserta : | Usahawan Setempat |
Tujuan : Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan agrobazar online shope kepada usahawan tempatan serta mengajar para usahawan untuk membuka kedai di dalam AgroBazar online.
Aktiviti : Petugas FAMA memperkenalkan AgroBazaar kepada usahawan yang hadir serta menerangkan fungsi dan faedah yang dapat diperoleh oleh usahawan untuk mempromosi produk mereka di dalam laman web AgroBazaar online shop. Seterusnya, petugas FAMA juga membantu usahawan untuk membuka akaun dan memasukkan produk-produk jualan di dalam AgroBazaar online shop.
Tarikh : | 07 Mei 2024 |
Masa : | 4:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | NADI Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar |
Tujuan : Kelas ini diadakan untuk melatih peserta dalam mengulangkaji pelajaran bagi subjek matematik.
Aktiviti : Peserta menggunakan tablet dan membuat kuiz matematik dimana soalan yang diberikan mengandungi operasi tambah dan tolak.
Tarikh : | 02 Mei 2024 |
Masa : | 9:00 pagi hingga 1:00 petang |
Tempat : | SK Pedu |
Peserta : | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan : Program yang dijalankan ini adalah untuk memberi taklimat dan kesedaran kepada para pelajar mengenai isu-isu yang sering berlaku dikalangan pelajar serta menggalakkan pelajar untuk sentiasa klik dengan bijak.
- Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah:
- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) : Buli Siber
- STEM-IOT: Animated Drawing
- SOFTSKILL: Pembentangan animated drawing
Tarikh : | 03 Mei 2024 |
Masa : | 2:30 petang hingga 5:30 petang |
Tempat : | NADI Kg Belukar Luas |
Peserta : | Komuniti Setempat |
Tujuan : Kelas ini diadakan untuk mengajar komuniti serta berkongsi ilmu dalam menghasilkan juadah dengan menggunakan peralatan moden.
Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengajar memberi penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara untuk memasak dengan lebih mudah dan pantas menggunakan peralatan moden.
Tarikh : | 28 April 2024 |
Masa : | 3:00 petang hingga 5:00 petang |
Tempat : | NADI Kg Belukar Luas |
Peserta : | Pelajar |
Tujuan : Pelajar menggunakan perkhidmatan komputer di NADI untuk menyiapkan tugasan sekolah.
Aktiviti : Peserta menggunakan aplikasi microsoft word untuk menyiapkan kerja kursus sekolah.