Tarikh :    27 Jun 2024
Masa :   2:30 petang hingga 3:30 petang
Tempat :   NADI Kg Belukar Luas
Peserta :   Wanita

 

Tujuan: Peserta menggunakan perkhidmatan komputer di NADI Kg Belukar Luas untuk menaip surat kiriman rasmi yang akan diberikan kepada pihak sekolah.

 

Aktiviti: Peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk menaip surat kiriman rasmi.

 

Gambar Disini

Tarikh :   21 Jun 2024 
Masa :   09:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat :   NADI Kg Belukar Luas
Peserta :   Pengurus NADI Kluster Padang Terap

 

Tujuan : Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pengurus NADI Kluster Padang Terap mengenai asas arduino serta cara-cara untuk menghasilkan blinking led dengan menggunakan beberapa komponen.

 

Aktiviti : Pengurus menyusun komponen seperti led, resistor dan jumper wire ke atas breadboard untuk menghasilkan blinking led.

 

Gambar Disini.

Tarikh :   20 Jun 2024 
Masa :   09:00 pagi hingga 11:00 pagi
Tempat :   NADI Belimbing Kanan
Peserta :   Komuniti sekitar

 

Tujuan : Kursus ini merupakan kerjasama NADI Kluster Padang Terap bersama Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap serta usahawan Pes Durian. Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menghasilkan pes durian yang sedap serta tahan lama.

 

Aktiviti : Tuan Amin Zakariya memberi taklimat dan penerangan ringkas mengenai bahan-bahan yang akan digunakan sepanjang kursus berlangsung. Seterusnya, Tuan Amin menunjukkan cara-cara untuk memasak pes durian kepada peserta yang hadir. 

 

 

Gambar Disini.

Tarikh :   20 Jun 2024 
Masa :   11:30 pagi hingga 1:30 tengah hari
Tempat :   NADI Belimbing Kanan
Peserta :   Komuniti sekitar

 

Tujuan : Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai resepi serta cara untuk memasak dan menghasilkan durian crepe yang sedap dan boleh dijual untuk menjana pendapatan.

 

Aktiviti : Puan Wan Suriyani selaku pengajar memberi taklimat ringkas kepada peserta mengenai resepi durian crepe serta bahan-bahan yang akan digunakan. Seterusnya, Puan Wan Suriyani mengajar peserta cara untuk membuat kulit durian crepe dengan betul serta cara untuk membalut durian crepe menjadi bentuk yang cantik. 

 

Gambar Disini.

Tarikh :   14 Jun 2024 
Masa :   11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat :   NADI Kg Belukar Luas
Peserta :   Pelajar Sekolah

 

Tujuan : Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam menggunakan microsoft power point terutamanya dalam membuat slide pembentangan.

 

Aktiviti : Peserta di minta untuk mencari gambar peralatan komputer seterusnya membuat slide mengenai kegunaan dan fungsi peralatan tersebut. Seterusnya, peserta diminta untuk membuat pembentangan mengenai slide yang telah dihasilkan.

 

Gambar Disini.