Tarikh : | 06 0gos 2024 |
Masa : | 9:00 pagi hingga 2:00 petang |
Tempat : | SMK Lubuk Merbau |
Peserta : | Pelajar Tingkatan 1 & 2 |
Tujuan : Program yang dijalankan ini adalah untuk memberi taklimat dan kesedaran kepada para pelajar mengenai isu-isu yang sering berlaku dikalangan pelajar serta menggalakkan pelajar untuk sentiasa klik dengan bijak. Pelajar diberi taklimat mengenai tajuk buli siber.
- Aktiviti : Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah:
- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) : Buli Siber
- Kuiz KDB
- Aktiviti STEM: Tangan Robotik
- Softskill: Pembentangan Bulan Kemerdekaan
Tarikh : | 03 Ogos 2024 |
Masa : | 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari |
Tempat : | NADI Kg Belukar Luas |
Peserta : | Usahawan Sekitar Padang Terap |
Tujuan : Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memudahkan usahawan tempatan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan. Hal ini kerana, sijil ini amat penting bagi individu yang terlibat dalam industri makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Aktiviti : Kursus ini diadakan selama 3 jam secara online di NADI Kg Belukar Luas dan disertai oleh beberapa orang usahawan tempatan di Daerah Padang Terap. Petugas NADI menyediakan kemudahan tempat dan kemudahan internet kepada para peserta melalui aplikasi zoom meeting. Taklimat ini diberikan oleh NZ Bunga Training & Consultation.
Tarikh : | 18 Julai 2024 |
Masa : | 11:45 pagi hingga 12:45 tengah hari |
Tempat : | NADI Felda Bukit Tembaga |
Peserta : | Penolong Pengurus NADI |
Tujuan: Kelas ini bertujuan untuk mempelajari asas pengaturcaraan menggunakan visual basic for application atau VBA.
Aktiviti: Kelas ini diberi tunjuk ajar oleh En Ahmad Syahir selaku penolong pengurus NADI Felda Bukit Tembaga.
Tarikh : | 01 Ogos 2024 |
Masa : | 9:00 pagi hingga 2:00 petang |
Tempat : | NADI Kg Tanjung |
Peserta : | Komuniti |
Tujuan: Program ini merupakan kerjasama antara NADI dan LKPIM Daerah Padang Terap serta Perpustakaan Desa Masjid Kg Padang Nyior. Melalui program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan antara petugas NADI dan komuniti setempat.
Aktiviti: Antara aktiviti yang di jalankan ialah program santapan rohani atau tazkirah yang di sampaikan oleh Ustazah Roshiza Hashim, program gotong-royong kacau bubur asyura oleh komuniti sekitar dan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada asnaf.
Tarikh : | 18 Julai 2024 |
Masa : | 10:40 pagi hingga 11:40 pagi |
Tempat : | NADI Felda Bukit Tembaga |
Peserta : | Penolong Pengurus NADI |
Tujuan:Kelas ini bertujuan untuk mempelajari cara menghasilkan google form dengan menggunakan beberapa function plugin. Googel form adalah salah satu layanan dari google yang membolehkan pengguna membuat survei, soal jawab / formula online.
Aktiviti: Kelas ini diberi tunjuk ajar oleh En Ahmad Syahir selaku penolong pengurus NADI Felda Bukit Tembaga.