Golongan belia terutamanya pemuda di Kampung Belukar Luas dipimpin oleh Mohd Syahrul Bin Mohd Salleh. Seperti juga persatuan wanita, golongan pemuda antara penyumbang tenaga terbesar dalam sesebuah majlis keramaian. Golongan ini ringan tangan dalam membantu kerja-kerja berat yang perlu dilaksanakan bagi mempercepatkan kelancaran majlis. Contohnya, tugas golongan ini adalah memasang khemah-khemah dan memunggahkan barang-barang yang diperlukan untuk urusan majlis. Bagi aktiviti seperti gotong-royong di sekitar kampung, golongan ini dipertanggungjawabkan untuk memotong rumput, menebas semak dan sebagainya.