KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2020

Nama   : Kamariah Binti Abd Halim

Umur    : 36 tahun

Ahli      : 2016


Latar belakang

Puan Kamariah merupakan pengusaha kedai makan bersama suaminya. Rumah beliau juga terletak tidak jauh dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Belukar Luas. Dalam kesibukan beliau menguruskan kedai makan bersama keluarga, peluang turut diambil oleh beliau dengan menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Belukar Luas.


Bidang      : Usahawan Kedai Makan
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Tugas di kedai makan dan kekangan masa menyebabkan Puan Kamariah jarang dapat menyertai program anjuran Pusat Internet Komuniti (PIK) walalupun telah mendaftar sebagai ahli sejak tahun 2016.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sokongan daripada keluarga memberi peluang kepada Puan Kamariah menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh PIK Kampung Belukar Luas. Malah, turut mengukir nama dalam senarai pemenang pertandingan komuniti.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2020

 

Nama   : Khairatul Adilah Binti Ahmad

Umur    : 18 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Khairatul Adilah merupakan pelajar Tingkatan 6 yang juga ahli pusat internet yang mendaftar sejak tahun 2015 dan aktif menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Belukar Luas sehingga kini.


Bidang      : Usahawan Shopee dan Produk Perniagaan Keluarga
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Khairatul yang merupakan antara belia lepasan sekolah peringkat SPM dan sedang mengikuti pengajian di Tingkatan 6 sentiasa mencari peluang mudah bagi belia sepertinya untuk membuktikan bahawa bidang perniagaan mampu diceburi oleh sesiapa sahaja. Kekangan dari segi ilmu dan kaedah pemasaran mudah menjadi halangan untuk beliau memenuhi hasrat tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Hasil perkongsian ilmu pemasaran mudah di Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Belukar Luas membuka peluang kepada beliau untuk mula bertapak dalam dunia perniagaan secara sampingan sambil belajar. Beliau adalah peserta paling muda yang mula menyertai Bengkel Usahawan Baru Shopee. Bagi beliau, Ilmu yang diperoleh amat penting untuk digunakan sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan terutama selepas tamat pengajian terutama kesukaran mendapatkan peluang perkerjaan, namun, dengan kemahiran pemasaran mudah secara atas talian, sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk beliau lebih bersedia dan sedar bahawa perniagaan mampu memberi pulangan yang baik jika dapat dimanfaatkan segala kemudahan yang ada sebaiknya.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 2020

 

Nama    : Ayuni Safiya Binti Mad Rabi

Umur    : 9 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Ayuni Safiya merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar yang masih dalam proses meningkatkan kemahiran penggunaan perisisan komputer. Beliau mengambil peluang pembelajaran percma di Pusat Internet Komuniti bagi meningkatkan kemahiran komputer.


Status        : Pelajar Tahun 3 (Sekolah Kebangsaan Tandop Besar)
Alamat       : Kampung Kubang Bemban, MukimTekai Kanan, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Kekangan dari segi jarak rumah yang jauh,  peralatan komputer dan akses Internet menyebabkan beliau masih belum cekap menggunakan perisian komputer. Masa untuk mempelajari komputer juga terhad pada hari cuti persekolahan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Ayuni Safiya mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Komuniti bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

Beliau kini semakin cekap mengendalikan komputer bagi membuat carian maklumat dan lain-lain. Malah, beliau berpeluang mempelajari teknik asas penghasilan poster secara atas talian.

_________________________________________________________________________________________________________