KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2020

Nama   : Zulkarnain Bin Ghazali

Umur    : 34 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Zulkarnain merupakan seorang usahawan dalam bidang pertanian. Beliau merupakan tulang belakang keluarga mengusahakan produk pertanian bagi menjana pendapatan. Kakak dan adik beliau turut membantu dalam mengusahakan pelbagai tanaman seperti jagung dan pisang. Tanaman pisang terutamanya memberi banyak peluang pasaran memandangkan setiap bahagian pokok pisang memiliki kegunaan tersendiri. Ada dalam kalangan pelanggan yang menempah batang pokok pisang sebagai bahan masakan iaitu gulai daging batang pisang semasa majlis kenduri. Beliau bertekad untuk terus berbakti dana berusaha untuk mengukuhkan lagi perusahaan ini untuk lebih berjaya pada masa hadapan.


Bidang      : Usahawan Tani
Alamat      : Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Zulkarnain belum dapat menguasai kemahiran computer bagi membolehkan beliau menyediakan kertas kerja bagi memohon bantuan perniagaan untuk menyokong projek pertanian yang diusahakan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Hasil sokongan dari kakaknya yang turut membantu, projek pertanian yang diusahakan berjaya melalui kertas kerja yang dipohon melalui Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap. Malah, pegawai pertanian amat berpuas hati dengan hasil projek pertaniannya yang semakin berkembang dan mampu menjana pendapatan lumayan.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2020

Nama   : Siti Mariam Binti Hashim

Umur    : 44 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Puan Siti Mariam merupakan suri rumah yang juga ahli pusat internet yang mendaftar sejak tahun 2014 tetapi aktif menghadiri kelas bermula pada Ogos 2020.


Bidang      : Usahawan Produk Makanan (Kuih Tradisional)
Alamat      : Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Tugas di rumah dan kekangan masa menyebabkan Puan Siti Mariam belum berpeluang mendekatkan diri dengan perkhidmatan di Pusat Internet dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sokongan daripada suami, Puan Siti Mariam yang turut membantu dalam perniagaan kuih tradisional yang diusahakan dan menyokong penuh penglibatan Puan Siti Mariam untuk memasarkan produk secara atas talian, kini Puan Mariam semakin berani dan berjaya mengembangkan pasaran dalam skala yang lebih besar.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2020

Nama    : Nurul Ain Batrisyia Binti Harikah

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang

Nurul Ain Batrisyia yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak tahun 2018 merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar yang kerap datang ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan komputer bagi menyiapkan tugasan sekolah dan menyertai pertandingan yang dianjurkan di Pusat Internet.


Status        : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Sireh, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Nurul Ain Batrisyia pada mulanya merupakan antara pelajar sekolah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer juga terhad pada hari cuti persekolahan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Nurul Ain Batrisyia mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan terutama bengkel tugasan sekolah.

Beliau kini cekap mengendalikan komputer bagi membuat carian maklumat kerja sekolah dan cetakan.

_________________________________________________________________________________________________________