KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2020

Nama   : Norzeanti Binti Yahob

Umur    : 32 tahun

Ahli      : 2020


Latar belakang

Puan Norzeanti merupakan penduduk Kampung Belukar Luas yang juga contoh wanita dan juga suri rumah yang ber giat aktif dalam bidang usahawan bagi menjana pendapatan sendiri. Beliau mengambil peluang perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan seiring kecanggihan teknologi pada hari ini.Produk kosmetik dipilih memandangkan ianya sering menjadi pilihan pelanggan terutama suri rumah dan wanita berkerjaya.


Bidang      : Usahawan Kosmetik (Ejen/Stokis)
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Beliau menghadapi kekangan dari segi rangkaian Internet bagi membuat siaran langsung promosi produk secara atas talian. Terdapat juga beberapa gangguan sekiranya siaran langsung promosi dibuat dirumah yang menyebabkan ketidakselesaan untuk berurusan dengan pelanggan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau turut mengambil peluang perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi yang terdapat di Pusat Internet Kampung Belukar Luas untuk menjalankan siaran langsung promosi produk kosmetik melalui laman facebook miliknya.

Beliau dapat lebih fokus dan selesa dalam menjalankan proses pemasaran produk.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2020

Nama   : Ain Zulaikha Binti Mohd Yusri

Umur    : 18 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Ain Zulaikha merupakan penduduk Kampung Belukar Luas yang sentiasa gigih membantu ibunya menambah pendapatan melalui perniagaan produk makanan. Beliau yang tinggal bersama ibu dan seorang adik perempuannya bertekad membantu menyara kehidupan keluarga setelah kematian ayahnya kira-kira setahun yang lalu.


Bidang      : Usahawan Produk Makanan dan Perkhidmatan COD
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Ain Zulaikha baru mempelajari selok belok perniagaan dan hanya berbekalkan pengetahuan dari pengalaman ibunya yang telah lama berniaga produk makanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang ada dengan terlibat dengan program ICT iaitu kelas asas komputer secara percuma di Pusat Internet dan bengkel e-usahawan anjuran MDEC bagi menimba ilmu keusahawanan serta promosi produk secara atas talian.

Hebahan melalui media sosial berkesan terutama sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memerlukan beliau menghantar tempahan kepada pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari penduduk sekitar. Malah, tempahan kuih raya pada Mei yang lalu bagi menyumbang kepada sumber pendapatannya sekeluarga.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2020

Nama    : Nur Amira Syafira

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Nur Amira Syafira yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak tahun 2019  merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar yang kerap datang ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan komputer dan kelas tambahan bagi meningkatkan pemahaman dalam pelbagai subjek pendidikan.


Status        : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Masjid Baru, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Nur Amira pada mulanya merupakan antara pelajar sekolah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer juga terhad pada hari cuti persekolahan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Nur Amira mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan terutama kelas tambahan setiap minggu yang dijalankan setiap minggu pada Julai, Ogos, September dan Oktober 2019.

Beliau kini cekap mengendalikan komputer bagi membuat carian maklumat kerja sekolah dan cetakan.

_________________________________________________________________________________________________________