KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2020

Nama   : Siti Fatimah Binti Ghazali

Umur    : 39 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang

Siti Fatimah merupakan penduduk Kampung Sireh  yang juga contoh belia yang memfokuskan kepada pertanian sebagai sumber pendapatan. Beliau pada mulanya gigih berusaha untuk memajukan projek tanaman jagung dan pisang yang diusahakan sendiri dengan bantuan keluarga.


Bidang      : Usahawan Makanan / Petani
Alamat      : Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Beliau menghadapi kekangan kos untuk menjalankan projek pertaniannya kerana pengurusan tanaman jagung dan kebun pisang memerlukan modal dan penjagaan yang rapi. Hasil pengeluaran kurang sekiranya pengurusan tidak dilakukan dengan teliti.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang perkhidmatan di Pusat Internet Kampung Belukar Luas bagi membuat kertas kerja perniagaan. Ini membolehkan beliau memohon bantuan modal dan pelbagai bantuan lain dari agensi seperti RISDA, Pejabat Pertanian Daerah dan KEDA.

Beliau turut mengambil peluang pembelajaran percuma di Pusat Internet bagi menguasai ilmu perisian computer seperti Microsoft Office Excel untuk tujuan pengurusan kewangan.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2020

Nama   : Zanariah Binti Zainudin

Umur    : 48 tahun

Ahli      : 2020


Latar belakang

Puan Zanariah merupakan penduduk Kampung Belukar Luasyang tinggal, tidak jauh dari Pusat Internet Kampung Belukar Luas. Beliau yang juga seorang isteri kepada nelayan ikan sungai turut mencari peluang pasaran dalam pelbagai bidang bagi membuktikan kebolehan untuk berjaya dengan menggunakan pelbagai peluang yang ada.


Bidang      : Usahawan Ikan Pekasam dan Produk Makanan
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau hanya memfokuskan kepada produk ikan pekasam untuk jualan memandangkan suami beliau sering turun ke Tasik Pedu untuk mendapatkan hasil ikan sungai. Rata-rata pelanggan beliau adalah dalam kalangan penduduk kampung. Pasaran produk beliau hanya terhad dikalangan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan terlibat dengan program ICT iaitu kelas asas komputer dan kelas e-usahawan bagi meluaskan lagi promosi diatas talian. Hebahan melalui media sosial menjadi semakin rancak lagi apabila sambutan dan sokongan sekitar padang terap mempercayai dan mengenali beliau.

Produk beliau sendiri juga dapat diwujudkan melalui jualan di platform My Shop Dashboard komuniti sekaligus membuka peluang untuk beliau menjana pendapatan tambahan.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2020

Nama    : Nur Qaseh Sazwana Binti Azhar

Umur    : 11 tahun

Ahli      : 2016


Latar belakang

Nur Qaseh mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 1 Disember 2016. Beliau kerap datang ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan komputer dan Internet selain kerap menyokong program dan aktiviti yang dijalankan bersama komuniti.


Status        : Pelajar Tahun 5 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Klinik Desa, Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Nur Qaseh pada mulanya merupakan antara pelajar sekolah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer juga terhad pada hari cuti persekolahan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Nur Qaseh yang juga anak kepada seorang jururawat masyarakat yang berkhidmat di Klinik Desa Belukar Luas bersebelahan dengan Pusat Internet Kampung Belukar Luas  sentiasa mengambil peluang mempelajari kemudahan ICT melalui penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan terutama kelas tambahan bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Melalui pemantuan dan perbincangan secara kumpulan kecil, beliau lebih fokus dan dapat menguasai sedikit sebanyak ilmu yang penting untuk memastikan beliau tidak ketinggalan dalam subjek yang diajar di sekolah.

_________________________________________________________________________________________________________