KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2019

Nama   : Saidatul Akma Binti Bahari

Umur    : 29 tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Saidatul Akma merupakan penduduk Kampung Masjid, tidak jauh dari Pusat Internet Kampung Belukar Luas. Beliau yang juga pereka hiasan rumah berkerja di syarikat swasta yang turut mencari peluang pasaran dalam pelbagai bidang bagi membuktikan kebolehan untuk berjaya dengan menggunakan pelbagai peluang yang ada.


Bidang      : Online bisnes tudung, bantal kekabu dan ejen jualan produk rangkaian Nuraisya Beauty.
Alamat      : Kampung Masjid, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Beliau hanya memfokuskan kepada skop kerja sebagai pereka hiasan rumah di sebuah syarikat swasta. Minat dalam perniagaan atas talian tidak dapat dizahirkan secara praktikal memandangkan kekangan masa dan platform hanya tertumpu kepada medium facebook untuk pasaran produk. Rata-rata pelanggan beliau adalah dalam kalangan penduduk kampung. Pasaran produk beliau hanya terhad dikalangan kenalan rapat sahaja.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan terlibat dengan program ICT iaitu kelas asas komputer secara percuma dan kelas asas keusahawan bagi meluaskan lagi promosi diatas talian. Hebahan melalui media sosial menjadi semakin rancak lagi apabila sambutan dan sokongan sekitar padang terap mempercayai dan mengenali beliau. Produk sendiri juga dapat diwujudkan melalui jualan di platform My Shop Dashboard komuniti sekaligus membuka peluang untuk beliau menjana pendapatan tambahan.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2019

Nama   : Zulkifli Bin Che Shafie

Umur    : 20 tahun

Ahli      : 2017


Latar belakang

Zulkifli merupakan penduduk Kampung Lebai saman yang juga contoh belia yang memfokuskan kepada kemahiran dan minat dalam menjana pendapatan sendiri. Beliau yang juga tulang belakang keluarga sanggup melepaskan peluang menyambung pelajaran demi untuk memastikan khidmat bakti kepada keluarga terutama dari segi bantuan ekonomi hasil titik peluhnya sendiri.


Bidang      : Usahawan Freelance (Jurufoto)
Alamat      : Kampung Lebai Saman, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau menghadapi kekangan kos untuk menjalankan promosi perkhidmatan beliau secara atas talian, kemahiran pemasaran dan juga ilmu fotografi memerlukan beliau membelanjakan wang yang banyak bagi memantapkan lagi pengetahuan berkaitan fotografi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi yang terdapat di Pusat Internet Kampung Belukar Luas untuk menjalankan pelbagai platform media sosial. Beliau berjaya membuktikan kebolehan melalui kejayaan memenangi johan dalam pertandingan video sempena Hari Bersama Komuniti yang diadakan pada bulan Oktober 2019 di Pusat Internet Kampung Belukar Luas.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 2019

Nama    : Mohammad Fariz Haikal Bin Mohd Fazley

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Mohammad Fariz Haikal yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak bulan Jun 2019. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar yang kerap datang ke Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan komputer dan Internet selain kerap menyokong program dan aktiviti yang dijalankan bersama komuniti.


Status        : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Mohammad Fariz Haikal pada mulanya merupakan antara pelajar sekolah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer juga terhad pada hari cuti persekolahan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mohammad Fariz Haikal sentiasa mengambil peluang mempelajari kemudahan ICT melalui penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

_________________________________________________________________________________________________________