KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2019

Nama   : Khairatul Naimah Binti Ahmad

Umur    : 19 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Cik Khairatul Naimah merupakan penduduk Kampung Belukar Luas yang baru mencuba peluang dalam bidang keusahawanan disamping memfokuskan kepada bidang pendidikan memandangkan beliau baru menyambung pengajian dalam peringkat ijazah di pusat pengajian tinggi.


Bidang      : Usahawan Sambilan, tutor.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPJ) di Kolej Mara Kuala Nerang dan berbakat dalam mengajar kelas tuisyen kanak-kanak semasa program kesukarelawan. Peluang terhad tanpa ditonjolkan di peringkat umum khususnya kawasan terdekat.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan terlibat dengan program Bengkel e-usahawan yang memfokuskan kepada kaedah promosi secara atas talian. Beliau turut mengambil peluang menjual tudung sebagai projek sampingan bagi menjana pendapatan sendiri.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2019

Nama   : Muhamad Faiz Bin Ishak

Umur    : 23 tahun

Ahli      : 2017


Latar belakang

Muhamad Faiz merupakan lulusan dari Kolej Universiti Insaniah dalam bidang kulinari yang juga seorang usahawan sambilan, tutor dan sukarelawan persatuan. 


Bidang      : Usahawan Sambilan, Tutor dan Sukarelawan Persatuan Pengakap.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau yang juga tulang belakang keluarga amat ringan tulang membantu aktiviti perniagaan pakaian di pekan sehari. Beliau turut berkebolehan memasak dengan mengambil beberapa tempahan makanan untuk jamuan pagi dan petang bagi program yang dijalankan di kawasan sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan menyertai Bengkel e-usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Belukar Luas. Selain mendapat peluang menjadi tutor bagi belia, beliau mendapat lebih peluang menerima tempahan makanan untuk program yang dijalankan.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2019

Nama    : Siti Nurhani Binti Rosli

Umur    : 11 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Siti Nurhani adalah pelajar yang mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 2014.


Status        : Pelajar Tahun 5 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Siti Nurhani merupakan antara pelajar sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Siti Nurhani mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Kini beliau mahir menggunakan komputer terutama ketika bengkel kelas tambahan yang turut disertai oleh beliau bagi meningkatkan kefahaman dalam bidang pendidikan serta persediaan menghadapi UPSR pada tahun hadapan.

_________________________________________________________________________________________________________