KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2019

Nama   : Puan Rosida Binti Ibrahim

Umur    : 35 tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Puan Rosida merupakan suri rumah yang juga usahawan yang gigih berusaha meneroka peluang pasaran yang boleh menjana pendapatan sendiri. Beliau bijak mengambil peluang kenalan yang ramai di laman sosial bagi menjual pelbagai produk yang mampu menjana pendapatan sampingan.


Bidang      : Usahawan Pakaian dan Makanan.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Penjualan produk beliau hanya terhad dikalangan kenalan rapat sahaja. Beliau juga kekok menggunakan media sosial seperti Facebook kerana tidak mahir dalam applikasi tersebut.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan terlibat dengan program ICT iaitu kelas asas komputer secara percuma dan kelas asas keusahawan bagi meluaskan lagi promosi diatas talian.Antara perubahan ketara beliau dapati adalah beliau tidak lagi kekok untuk membuat hebahan menggunakan ayat marketing yang dipelajari. Hebahan melalui media sosial menjadi semakin rancak lagi apabila sambutan dan sokongan sekitar padang terap mempercayai dan kenali beliau. Banyak trusted agent meminta beliau menjual produk mereka. Dan banyak pendapatan hasil jualan diperolehi yang dianggap mampu meringankan perbelanjaan rumahtangga beliau.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2019

Nama   : Cik Tahirah Binti Mat Hussain

Umur    : 26 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang

Cik Tahirah merupakan seorang pekerja swasta  dan juga tutor tuisyen yang masih muda dan gigih menjana pendapatan melalui pelbagai program yang dijalankan.


Bidang      : Tutor Tuisyen Sekolah Rendah
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau yang juga pekerja swasta di Bank Hong Leong turut menjalankan aktiviti sampingan sebagai Tutor di rumah. Rata-rata pelajar yang menyertai kelas tutor beliau adalah dalam kalangan pelajar sekolah. Makluman kelas tutor masih belum menyeluruh jika hanya bergantung kepada risalah cetakan semata-mata.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mengambil peluang yang lebih luas dengan menjalankan program kemasyarakatan iaitu kelas tambahan percuma semasa cuti pertengahan tahun bulan Mei 2019. Hebahan melalui media sosial merancakkan lagi sambutan dan sokongan terutama golongan ibu bapa dan pelajar sekolah rendah seramai 55 orang.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2019

Nama    : Muhd Naim Bin Abdul Razat

Umur    : 14 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Muhd Naim adalah antara pelajar yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 2014.


Status       : Pelajar Tingkatan 2 (Sekolah Menengah Kebangsaan Naka)
Alamat       : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Muhd Naim merupakan antara pelajar sekolah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer bergantung kepada ibu bapa untuk membawa beliau ke pusat pembelajaran yang bersesuaian.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bapa beliau, Abdul Razat pernah menjadi Ahli Jawatankuasa di Pusat Internet dan sering turun padang membantu setiap program dan aktiviti yang dijalankan bersama komuniti. Muhd Naim mengambil peluang penggunaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet bagi meningkatkan kemahiran ICT selain melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

_________________________________________________________________________________________________________