KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2019

Nama   : Siti Hajar Binti Abd Wahab

Umur    : 25 tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Cik Siti Hajar merupakan usahawan muda berumur 25 tahun yang gigih berusaha meneroka peluang pasaran yang boleh menjana pendapatan sendiri. Beliau bijak mengambil peluang sejak zaman pengajian lagi dengan menjual pelbagai produk yang mampu menjana pendapatan lumayan.


Bidang      : Usahawan Pakaian Muslimah
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Promosi terhad tanpa penggunaan media sosial sebagai platform promosi. Kos langganan data Internet melibatkan kos yang tinggi.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Dengan kemudahan penggunaan komputer dan Internet berkelajuan tinggi yang disediakan percuma di Pusat Internet Kampung Belukar Luas selaku ahli berdaftar, platform laman sosial khususnya facebook dan instagram banyak membantu pasaran produk beliau. Sokongan rakan – rakan di laman sosial turut sama membantu meluaskan lagi jaringan pasaran. Beliau turut mengambil peluang menghadiri kelas latihan e-usahawanan yang diadakan di Pusat Internet Belimbing Kanan bagi mempelajari FB ads lebih mendalam. Kemudahan pinjaman Netbook juga dimanfaatkan oleh beliau untuk memastikan aktiviti dokumentasi perniagaan beliau berjalan dengan lancar.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2019

Nama   : Cik Noor Ain Binti Mat Daud

Umur    : 29 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Cik Noor Ain merupakan seorang usahawan yang masih muda dan gigih menjana pendapatan melalui pelbagai jualan produk yang diusahakan.


Bidang      : Jualan makanan ringan (produk sendiri) dan agen jualan produk Amway.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Pendapatan bulanan beliau hasil jualan produk makanan ringan yang dihasilkan sendiri pada mulanya hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Iaitu bergantung kepada jumlah pelanggan yang menempah secara berkala.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau berpeluang untuk mula terlibat melalui Bengkel keusahawan yang diadakan di Pusat Internet Kampung Belukar Luas pada 2015. .Beliau kini telah memiliki laman facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau bijak mengambil peluang mempromosikan produk beliau dalam kalangan kenalan di Facebook yang kini mencecah 3324 orang. Pendapatan bulanan beliau yang terkini meningkat hampir RM1000.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2019

Nama    : Alia Natasha Bt Mohd Hairuddin

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Alia Natasya yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 2014 merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.


Status       : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Alia Natasya merupakan antara pelajar sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet. Masa untuk mempelajari komputer bergantung kepada ibu bapa untuk membawa beliau ke pusat pembelajaran yang bersesuaian.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bapa beliau, Mohd Hairuddin merupakan antara individu yang kerap menggunakan perkhidmatan Internet bagi menjalankan perniagaan secara atas talian. Dengan mengikut bapanya ketika berkunjung ke Pusat Internet Kampung Belukar Luas, beliau diberi tunjuk ajar penggunaan komputer melalui carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah. Kebanyakan tugasan sekolah yang diselesaikan oleh beliau  memerlukan kemahiran penggunaan perisian komputer dan menjadikan beliau semakin hari semakin mahir.

_________________________________________________________________________________________________________