KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2018

Nama   : En. Mohd Nasir Bin Ibrahim

Umur    : 32 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang

Encik Mohd Nasir merupakan usahawan muda berumur 32 tahun yang gigih berusaha meneroka peluang pasaran yang boleh menjana pendapatan selaku ketua keluarga. Beliau bijak mengambil peluang dan meneroka bidang pasaran khususnya perkhidmatan sewa Homestay yang mampu menjana pendapatan lumayan asalkan mempunyai semangat dan minat untuk berjaya.


Bidang      : Usahawan Homestay Cameron Highland.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Promosi terhad tanpa penggunaan media sosial sebagai platform promosi. Kos promosi melalui cetakan risalah dilihat terlalu mahal.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Dengan kemudahan penggunaan komputer dan Internet berkelajuan tinggi, platform laman sosial khususnya facebook dan instagram banyak membantu pasaran produk beliau. Sokongan rakan – rakan di laman sosial turut sama membantu meluaskan lagi jaringan pasaran. Beliau turut mengambil peluang menghadiri kelas latihan e-usahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kg. Belukar Luas pada 11 Julai 2018 anjuran MDEC.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4 2018

Nama   : Siti Aminah Binti Abdul Mutalib

Umur    : 30 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang

Puan Siti Aminah merupakan seorang suri rumah yang masih muda dan gigih membantu keluarga menjana pendapatan melalui projek kelas tambahan kerana minat dalam bidang pendidikan.


Bidang      : Projek kelas tambahan sekolah rendah.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Kesibukan menguruskan keluarga mengehadkan peluang beliau mempromosikan perkhidmatan kelas tambahan untuk makluman penduduk sekitar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Kemudahan Internet khususnya media sosial memberi peluang kepada beliau meneroka pasaran yang lebih luas bagi menyampaikan maklumat perkhidmatan yang ditawarkan. Kerjasama dengan Pusat Internet Kampung Belukar Luas sebagai pusat pembelajaran turut membantu beliau mendapatkan maklumat berkaitan mata pelajaran mengikut silibus pembelajaran semasa.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q4 2018

Nama    : Siti Aisyah Binti Ahmad

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Siti Aisyah yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 2014 merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.


Status       : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat       : Kampung Lebai Saman, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Siti Aisyah merupakan antara pelajar sekolah rendah yang rajin belajar dan memfokuskan carian maklumat melalui buku.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir menggunakan kemudahan komputer dan Internet dan ini membolehkan beliau membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah.

_________________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2018

Nama   : NUR FATIN BINTI ABD. HALIM

Umur    : 25 tahun

Ahli      : 2017


Latar belakang

Nur Fatin merupakan usahawan muda berumur 25 tahun yang gigih berusaha meneroka peluang pasaran yang boleh menjana pendapatan. Kemahiran jahitan pakaian yang telah dipelajari dipraktikkan oleh beliau disebabkan oleh minat terhadap fesyen terkini yang semakin menarik pada hari ini.


Bidang      : Usahawan Jahitan pakaian pelbagai fesyen terkini.
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Pasaran agak terhad tanpa penggunaan media sosial sebagai platform promosi. Kos promosi melalui cetakan risalah dilihat terlalu mahal.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Dengan kemudahan penggunaan komputer dan Internet berkelajuan tinggi, platform laman sosial khususnya facebook dan instagram banyak membantu pasaran produk beliau. Sokongan rakan – rakan di laman sosial turut sama membantu meluaskan lagi jaringan pasaran. Beliau turut mengambil peluang menghadiri kelas latihan e-usahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kg. Belukar Luas. Kemudahan pinjaman Netbook juga dimanfaatkan oleh beliau untuk memastikan aktiviti dokumentasi perniagaan beliau berjalan dengan lancar.

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q3 2018

Nama   : NORLIA BINTI MAT SAAT

Umur    : 41 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Puan Norlia merupakan seorang suri rumah yang meminati bidang jahitan pakaian dan gubahan kraftangan selain membantu keluarga menjana pendapatan.


Bidang      : Projek jahitan pakaian dan kraftangan
Alamat      : Kampung Datuk, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Kesibukan menguruskan keluarga mengehadkan peluang beliau mempromosikan hasil produk jahitan yang dihasilkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Kemudahan Internet memberi peluang kepada beliau meneroka pasaran yang lebih luas bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan. Bengkel yang dianjurkan di Pusat Internet turut membantu beliau mendapatkan idea dan peluang yang lebih luas dalam bidang keusahawanan yang sesuai terutama untuk beliau sebagai suri rumah.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2018

Nama    : MOHAMMAD AIMAN HAKIM BIN HALIM

Umur    : 12 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Muhammad Aiman Hakim yang mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kampung Belukar Luas sejak 2014 merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.


Status       : Pelajar Tahun 6 (Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar)
Alamat      : Kampung Lebai Saman, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Muhammad Aiman Hakim merupakan antara pelajar sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir dan lebih mudah membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah.

_________________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2018

Nama   : JULIANA BINTI MOHAMAD

Umur    : 26 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang


Cik Juliana  merupakan seorang usahawan belia yang membuat gubahan kraf sejak menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menggunakan sebaik mungkin kemahiran dan bakat yang dimiliki bagi menjana pendapatan sendiri.


Bidang      : Usahawan Kraf (Gubahan Bunga, Coklat, Hantaran Majlis)
Alamat      : Kampung Lebai Saman, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Minat dan kemahiran dalam bidang perniagaan Kraftangan mendorong Juliana untuk memulakan projek gubahan hantaran di rumah beliau yang terletak di Kampung Lebai Saman. 

    Beliau telah menerima tempahan dari jiran-jiran yang tertarik dengan kemahiran yang beliau miliki. Namun, pasaran agak terhad dalam kalangan sahabat dan jiran tetangga.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Juliana berpuas hati setelah dapat mengembangkan bakat dan kemahiran melalui pasaran promosi di Internet memandangkan gubahan hasil kreativiti beliau yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk sekitar dan kenalan dari laman sosial.

________________________________________________________________________________________________

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2018

Nama   : FAIZAH BINTI ABDUL RAZAB

Umur    : 24 tahun

Ahli      : 2016


Latar belakang

Cik Faizah merupakan seorang usahawan muda yang gigih mencari peluang dalam menambahkan sumber pendapatan sambilan bagi mengisi masa terluang sejak tamat pengajian di IPTA. 


Bidang      : Projek perniagaan Pakaian (Tudung Bawal)
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau sering kali mencari peluang perniagaan untuk dibangunkan memandangkan beliau amat meminati bidang perniagaan. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Pendedahan kepada pasaran atas talian memberi idea kepada beliau bagi merebut peluang pelbagai contoh perniagaan yang dijalankan oleh usahawan lain di Internet terutama media sosial yang mudah menarik perhatian pelanggan. Beliau turut berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet. Malah, berpeluang memenangi hadiah sebagai salah seorang pemenang Pertandingan Dashboard Komuniti bagi modul My Place.

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2018

Nama    : NURUL NAJIHAH BINTI AMIR

Umur    : 18 tahun

Ahli      : 2014


Latar belakang

Nurul Najihah merupakan anak pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Beliau juga merupakan ahli berdaftar yang tinggal berhampiran Pusat Internet Kampung Belukar Luas.


Status       : Pelajar Tingkatan 6 (SMK Naka)
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau banyak membelanjakan kos menyiapkan tugasan sekolah di cyber cafe Naka yang terletak 8 kilometer dari rumah beliau. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Nurul Najihah memanfaatkan penggunaan komputer dan Internet bagi memudahkan urusan pembelajaran dan tugasan terutama sejak menyambung pengajian di Tingkatan 6 yang memerlukan beliau mencari maklumat dan menyiapkan tugasan secara individu dan berkumpulan.Penubuhan Pusat Internet di Kampung Belukar Luas memberi peluang kepada beliau mendekatkan diri dengan dunia teknologi maklumat. Kos perkhidmatan yang murah selain latihan percuma yang diberikan banyak membantu beliau meningkatkan kemahiran komputer dan teknologi. 

_________________________________________________________________________________________________________

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2018

Nama   : NORHAFIZA BINTI SAAD

Umur   : 34 tahun

Ahli      : 2018


Latar belakang


Puan Norhafiza  merupakan seorang staf Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk yang juga suri rumah yang gigih mencari peluang dalam menambahkan sumber pendapatan keluarga. Beliau menggunakan sebaik mungkin kemahiran dan bakat yang dimiliki bagi menjana pendapatan sendiri.


Bidang      : Usahawan Makanan (Pembuatan Kuih Tradisional dan Jualan Produk Kesihatan / Makanan Sunnah)
Alamat      : Kampung Datuk, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Minat dan kemahiran dalam bidang perniagaan mendorong Puan Norhafiza untuk memulakan projek jualan produk Qaseh Gold dan jualan kuih tradisional di rumah beliau yang terletak di Kampung Datuk. 

    Beliau telah lama menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet  Kampung Belukar Luas. Bermula dengan status daftar sebagai pelawat pada 14 April 2016, sebelum mendaftar ahli di Pusat Internet Kampung Belukar Luas setelah banyak terjebak dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Puan Norhafiza yang juga staf Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk banyak terlibat dengan program kerjasama yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet selepas menjalinkan banyak koleborasi program berskala besar. Malah, beliau mendapat pendedahan berkaitan promosi pasaran diatas talian yang lebih meluas. Beliau kini aktif mempromosi produk makanan Sunnah dan produk kuih tradisioanal yang dihasilkan oleh beliau sendiri yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk sekitar dan kenalan dari laman sosial.

 

________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2018

 

Nama   : ZURINA BINTI OTHMAN

Umur   : 24 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

 

Cik Zurina Othman merupakan seorang usahawan muda yang gigih mencari peluang dalam menambahkan sumber pendapatan keluarga. Beliau bersama kakak dan adiknya giat menjalankan perniagaan bantal yang merupakan syarikat milik kakaknya.


Bidang      : Perusahaan Bantal 
Alamat      : Kampung Belukar Luas, Mukim Tekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

 

  • Sebelum mendaftar ahli di Pusat Internet Kampung Belukar Luas yang mula beroperasi pada September 2014, permintaan terhadap produk beliau hanyalah sekitar kampung sahaja dan promosi agak terhad memandangkan tiada kemudahan capaian internet yang memuaskan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Cik Zurina Othman berasa bersyukur selepas mendaftar sebagai ahli di  Pusat Internet Kampung Belukar Luas pada 18 Febuari 2015 beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan terutamanya penggunaan Internet berkelajuan tinggi. Selain menjadi antara peminjam notebook, beliau mengunjungi Pusat Internet bagi meng’update’kan status promosi di laman sosial bagi mendapat rekod tempahan dan maklumbalas daripada pelanggan beliau. Beliau juga menggunakan platform Dashboard Komuniti bagi memuatnaik maklumat produk dan memasarkannya melalui modul My Shop. Selepas mendapat pendedahan berkaitan promosi pasaran secara atas talian yang lebih meluas serta bantuan perkhidmatan petugas, beliau kini aktif mempromosi dan menambah pelbagai produk bantal tersebut.

 

___________________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2018

 

Nama    : MOHAMMAD ADAM BIN ABD MALEK

Umur    : 19 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

 

Mohammad Adam merupakan anak pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Beliau juga merupakan ahli berdaftar yang tinggal berhampiran Pusat Internet Kampung Belukar Luas.


Status       : Pelajar Tingkatan 6 (SMK Naka)
Alamat      : Kampung Lebai Saman, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

 

  • Mohammad Adam suka menggunakan komputer dan melayari Internet. Sebelum kewujudan Pusat Internet, pencarian maklumat kerja sekolah beliau agak terhad. Beliau perlu berkunjung ke cyber café yang terletak di Pekan Kuala Nerang dalam jarak 20km setiap kali perlu mencari maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Penubuhan Pusat Internet di Kampung Belukar Luas memberi peluang kepada beliau mendekatkan diri dengan dunia teknologi maklumat. Kos perkhidmatan yang murah selain latihan percuma yang diberikan banyak membantu beliau meningkatkan kemahiran komputer dan teknologi. Contohnya, melalui Bengkel INTEL Easy Steps yang beliau sertai, kemahiran penggunaan ICT dilihat lebih menyerlah.

_________________________________________________________________________________________________________