KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2017

Nama   : NOR ISATILIANA BT ABDUL WAHAB

Umur   : 34 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang


Puan Nor Isatiliana merupakan seorang suri rumah yang gigih mencari peluang kerjaya yang boleh menjana pendapatan sebagai sokongan perbelanjaan keluarga.


Bidang      : Jahitan Pakaian
Alamat      : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Sebelum mendaftar ahli di Pusat Internet Kampung Belukar Luas yang mula beroperasi pada September 2014, beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menguruskan suami dan 4 orang anak yang masih bersekolah.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Puan Nor Isatiliana yang juga tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Belukar Luas mula mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet  Kampung Belukar Luas pada 8 Mac 2015 selepas berpeluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk setiap golongan komuniti. Malah, beliau merupakan antara ahli yang kerap mengunjungi PI selepas mendapat pendedahan berkaitan promosi pasaran diatas talian yang lebih meluas. Beliau kini aktif mempromosi produk pakaian yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk sekitar dan kenalan dari laman sosial.

____________________________________________________________________________________________

 

Nama   : NUR ISMA AFIFI BINTI MD ARIS

Umur   : 31 tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang


Puan Isma Afifi merupakan seorang usahawan dan suri rumah yang gigih mencari peluang menggunakan hobi berta bakat bagi menjana pendapatan sebagai sokongan perbelanjaan keluarga.


Bidang      : Perusahaan Madu Kelulut 
Alamat     : Kampung Barokhas, 06300 Kuala Nerang, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Puan Isma Afifi merupakan seorang suri rumah yang gigih mencari peluang dalam menambahkan sumber pendapatan keluarga. Beliau bersama suami mengusahakan projek ternakan lebah kelulut bagi menjana pendapatan keluarga.

    Minat yang mendalam terhadap perusahaan madu kelulut ini mendorong beliau terus berusaha mengembangkan projek dan mencari peluang pembangunan walaupun menghadapi cabaran besar pada tahun 2016 setelah sarang kelulut milik beliau dan suami diserang oleh perosak sekaligus menyebabkan sejumlah besar sarang lebah musnah.

    Sebelum mendaftar ahli di Pusat Internet Kampung Belukar Luas yang mula beroperasi pada September 2014, pasaran promosi perniagaan beliau terhad memandangkan pelanggan kebanyakannya terdiri daripada penduduk sekitar.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Puan Isma Afifi berasa bersyukur selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kampung Belukar Luas pada 31 Oktober 2015, beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan terutamanya penggunaan Internet berkelajuan tinggi. Selain menjadi antara peminjam notebook, beliau merupakan antara usahawan kelompok pertama yang mengunjungi PI dan menggunakan platform Dashboard Komuniti bagi memuatnaik maklumat produk dan memasarkannya melalui modul My Shop. Selepas mendapat pendedahan berkaitan promosi pasaran secata atas talian yang lebih meluas, beliau kini aktif mempromosi dan menambah pelbagai produk berasaskan madu kelulut yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk sekitar dan kenalan dari laman sosial. Walaupun setelah PI diklusterkan mengikut daerah, beliau sentiasa melibatkan diri dalam program yang dianjurkan di PI terutama di PI Belimbing Kanan yang lebih dekat lokasi dengan tapak projek dan kediaman beliau. PI Kluster Padang Terap turut memilih beliau dan suami sebagai antara usahawan bagi pembikinan video travelog Menarik di Padang Terap bersama artis Hairi Safwan sekaligus turut membantu beliau dan suami bagi mempromosi serta membuka lebih banyak peluang pembangunan. Pencapaian terbesar beliau adalah anugerah Usahawan Terbaik Wilayah Utara dan Usahawan Terbaik Keseluruhan Peringkat Kebangsaan pada 5 Oktober 2017.

____________________________________________________________________________________________

 

Nama   : NURUL EMARINA BINTI OSMAN

Umur   : 32 tahun

Ahli      : 2017


Latar belakang


Puan Emarina merupakan seorang suri rumah yang gigih mencari peluang kerjaya yang boleh menjana pendapatan sebagai sokongan perbelanjaan keluarga.


Bidang      : Perusahaan Makanan (Popia-Simpul Kasih, Kek Coklat, Pulut Kuning)
Alamat     : Kampung Lebai Saman, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

  • Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan Puan Emarina hanya menumpukan urusan harian terhadap keluarga.
  • Namun, beliau sentiasa mencari peluang pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga terutama anak-anak yang bersekolah.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Pertama kali mengunjungi Pusat Internet Kg Belukar Luas bersama anak-anak dan mendaftar sebagai pelawat, Puan Emarina masih mencari peluang kerjaya di Internet.
  • Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet di Kampung Belukar luas, peluang menggunakan komputer dibimbing oleh petugas Pusat Internet banyak membantu beliau dalam meningkatkan tahap pengetahuan berkaitan ICT. 
  •  Penerangan berkaitan kepentingan komputer dan Internet serta peluang pasaran menimbulkan minat kepada beliau untuk memulakan perniagaan sendiri. 
  •  Pasaran produk popia berinti yang diusahakan beliau mampu terus maju dan menjanjikan pulangan yang lumayan memadangkan modal yang murah dan pasaran yang luas melalui Internet.

____________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2016

Nama   : MOHAMMAD SYAFIQ BIN SHAFIE

Umur   :  23 tahun

Ahli      : 2015

Latar belakang

Bidang      : Penulisan Buku Antologi Cerpen

                 : Pereka Grafik

  

Alamat     : Felcra Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, 06350 Naka, Kedah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

  • Mula berminat dalam bidang rekaan grafik dan penulisan sejak di bangku sekolah.
  • Gemar mengumpulkan Novel dan antologi cerpen terutama fiksyen seram. Promosi adalah terhad sebelum penglibatan dengan Pusat Internet. Beliau berazam untuk meningkatkan kemahiran dan peluang bagi berkongsi minat selain lebih maju dalam bidang penulisan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Menggunakan sebaiknya perkhidmatan Komputer/ Internet di Pusat Internet untuk promosi dan penulisan.
  • Terlibat sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman di Pusat Internet melalui bengkel Penulisan dan Kemahiran.
  • Turut mempelajari kemahiran penggunaan perisian Adobe Photoshop bagi memantapkan pengetahuan rekaan grafik selain turut berjaya memperoleh sijil komputer INTEL Easy Steps dan INTEL E-Basic.

_____________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2015

Nama   : NOR MAYANI BINTI ISMAIL

Umur   : 30 tahun

Ahli      : 2014

Latar belakang

Bidang      : Penulisan Novel & Cerpen

                 : Perniagaan Shawl Jenama Nour Mayani

                 : Jurumekap Pengantin

Alamat     : Kampung Belukar Luas, MukimTekai Kiri, 06350 Naka, Kedah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

  • Mula berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah.
  • Berjaya mencipta nama sebagai Penulis Novel melalui hasil karya yang menarik dan berjaya menarik perhatian peminat Novel terutama semasa pelancaran/pameran buku. 
  • Beliau antara ahli yang terawal mendaftar di Pusat Internet Kg Belukar Luas sejak mula beroperasi pada September 2014.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Menggunakan sebaiknya perkhidmatan Komputer/ Internet di Pusat Internet untuk promosi dan penulisan.
  • Terlibat sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman di Pusat Internet melalui bengkel Penulisan dan Kemahiran.
  • Pencapaian terkini : Berjaya menubuhkan syarikat penerbitan buku (TB Book Press) hasil sokongan rakan – rakan dan peminat di alam maya.