Bengkel Multimedia - Penghasilan Sampul Duit Raya

Tarikh : 30 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 8 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran mudah membuat sendiri sampul duit raya menggunakan perisian komputer.

Aktiviti 


Aktiviti carian maklumat di Internet, penghasilan sampul dan cetakan serta mewarna sendiri sampul mengikut kreativiti peserta.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Program Learn & Fun Cuti Sekolah

Tarikh : 27 Mei 2019 hingga 29 Mei 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kg Belukar Luas
Peserta : 55 orang pelajar / 7 orang urusetia

Tujuan 

Penekanan akademik kepada pelajar sekolah rendah sempena cuti sekolah.

Aktiviti 


Program kelas tambahan bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan kemahiran membaca pelajar sekolah rendah. Program ini dijalankan dengan kerjasama bersama NGO dan komuniti Kampung Belukar Luas.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Bengkel e-Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Tarikh : 26 Mei 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 5 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran penggunaan komputer dan Internet untuk pembelajaran subjek Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

Aktiviti 


Carian topik karangan Bahasa Melayu di Internet, suntingan dan cetakan menggunakan Microsoft Office Word.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Bengkel Ucapan Aidilfitri dan Dekorasi Sampul Duit Raya

Tarikh : 24 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 11 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran penggunaan perisian komputer untuk membuat ucapan sempena Aidilfitri dan cetakan kad ucapan serta dekorasi sampul duit raya.

Aktiviti 


Carian imej bertemakan sambutan Aidilfitri di Internet. Penghasilan ucapan Aidilfitri dan cetakan.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Bengkel DIY Sampul Duit Raya

Tarikh : 23 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 11 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran mudah membuat sendiri sampul duit raya berpandukan tutorial mudah di Internet.

Aktiviti 


Carian video tutorial mudah di Internet (Youtube) dan peserta masing-masing berpeluang menyiapkan sendiri sampul duit raya berpandukan tutorial yang ditunjukkan.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Program Perancangan AADK Bersama NGO

Tarikh : 15 Mei 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Auditorium Perdananan Perpustakaan Awam kedah
Peserta : 50 orang wakil agensi / NGO

Tujuan 

Turut serta menyumbangkan pandangan berkaitan pendekatan terbaik menangani masalah berkaitan penagihan dadah dan pelencongan sosial dalam komuniti.

Aktiviti 


Perkongsian fakta melalui taklimat dari pegawai AADK berkaitan masalah dadah dan  pandangan dari pelbagai pihak / NGO berkaitan penyelesaian mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Bengkel Kerja Kursus dan Ulangkaji Subjek Sekolah Menengah

Tarikh : 13 Mei 2019 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 5 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran penggunaan perisian mudah untuk pelajar menjalankan tugasan kerja kursus sekolah dan ulangkaji menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun Sekolah Menengah.

Aktiviti 


Ulangkaji Subjek Sekolah Menengah, carian Maklumat Kerja Kursus di Internet, suntingan dan cetakan menggunakan Microsoft Office Word.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Program Tadarus Perdana Daerah Padang Terap

Tarikh : 11 Mei 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Masjid Pulau Kijang, Kuala Nerang
Peserta : 100 orang peserta

Tujuan 

Menyemarakkan suasana Ramadhan dengan program ibadah peringkat Daerah Padang Terap bersama pelbagai agensi / NGO.

Aktiviti 


Program ini terbuka kepada komuniti yang berminat untuk menyertai sesi tadarus iaitu bacaan Al-Quran dan khatam secara beramai-ramai.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Site Acceptance Test (SAT) SKMM Fasa CBL Enhancement

Tarikh : 7 Mei 2019 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi -12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : Pegawai SKMM Alor Setar, Telekom Malaysia (TM), MSD Northern Region dan Kontraktor Gemilang

Tujuan 

Menjalankan penilaian untuk penyambungan kontrak operasi Pusat Internet Fasa 5.

Aktiviti 


Pegawai SKMM cawangan Alor Setar, Encik Mohd Aizad membuat semakan ke atas peralatan dan perkhidmatan di Pusat Internet kampung Belukar Luas. Turut hadir adalah pegawai Telekom Malaysia GSS, Encik Zulkarnain, pegawai Telekom Malaysia SNS, Tuan Shaharom, wakil dari Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Razali, Encik Rozaifudin dan wakil dari Kontraktor Gemilang, Encik Darry Sooh dan Encik Danny Indra.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Bengkel Microsoft Office Word dan Cetakan

Tarikh : 4 Mei 2019 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Belukar Luas
Peserta : 4 orang peserta

Tujuan 

Memberi kemahiran penggunaan perisian mudah untuk pelajar menjalankan tugasan sekolah.

Aktiviti 


Carian imej grafik di Internet, suntingan imej menggunakan Microsoft Office Word dan cetakan.

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________